Thursday, June 17, 2010

KEJAYAAN ADIK-BERADIK BADANG JOHOR

pix_gal0

TIADA saat yang paling manis buat atlit kembar sukan angkat berat, Norkhasida dan Norshahida Abdul Halim dari Johor yang meraikan kejayaan mereka meraih pingat walaupun berlainan warna bersama-sama pada temasya Sukma XIII. 

Norkhasida, 19, memenangi satu emas menerusi acara snatch 69kg dengan angkatan 74kg serta pingat perak clean & jerk dengan bebanan 92kg di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh semalam, ketika adik kembarnya Norshahida pula meraikan kemenangan pingat gangsa dalam snatch 63kg.

"Pada mulanya saya tidak mahu adik (Norshahida) menyertai sukan ini,” kata Norkhasida. “Apa lagi semasa awal pembabitan saya memang mendapat tentangan ibu selepas ayah meninggal dunia (8 tahun lalu). Cuma naluri ingin mencuba sukan ini sukar dihakis menyebabkan saya berada di sini.

“Namun, kehendak Norshahida juga gagal disekat kerana kami memiliki naluri dan emosi sama. Malah setiap aktiviti dan apa juga perkara dilakukan kebiasaan adalah bersama sehingga saya akhirnya akur dengan kemahuan Norshahida." 

Pasangan kembar seiras yang mempunyai gaya yang tidak jauh berbeza sehingga menyukarkan peminat serta atlit lain mengenali mereka berdua mendapat tumpuan sepanjang kejohanan kali ini. 

Laporan dari BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment