Tuesday, November 24, 2009

Ujian Kecergasan Bersama ISN, Pusat Satelit Larkin, Johor

Tarikh : 24hb November 2009
Tempat : Pusat Latihan Negeri Johor Sukan Pelayaran
Penglibatan : 30 orang atlet bersama SDO dan 5 orang pegawai ISN Larkin
Ketua Penguji : Muhammad Ridzwan Zakaria (pegawai Fisiologi Senam)


Sunday, November 15, 2009

Perlawanan Persahabatan Bersama Ultimate Squasher dari Singapura

Tarikh : 15hb November 2009
Tempat : Royal Johor Country Club, Johor Bahru
Penglibatan : 30 Orang Atlet
(Atlet PLN Sukan Skuasy dan Ultimate Squasher Singapura)
Anjuran : USPTN Johor

Untuk makluman, buat pertama kalinya, satu perlawanan persahabatan dengan Team Ultimate Squasher telah diadakan bertempat di Royal Johor Country Club, Johor Bahru pada 15hb November 2009 bagi Program Sukan Skuasy USPTN Johor. Program ini dijalankan bermula jam 9.00pagi sehingga jam 3.00petang.

Matlamat program ini adalah untuk jurulatih-jurulatih menilai tahap prestasi setiap atlet masing-masing. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana setiap atlet menonjolkan sifat daya saing antara satu sama lain dan menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menempatkan diri sebagai yang terbaik. Manakala, kehadiran dan sokongan ibu bapa lebih memberi semangat kepada para atlet ketika perlawanan dijalankan. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar sokongan ini akan berterusan sepanjang perkembangan Sukan Skuasy di Negeri Johor.

Friday, November 13, 2009

Kejohanan Menembak Piala Tun Hanif dan Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Ke-4

Tarikh : 08 - 11 Oktober 2009
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor

Seramai 11 orang atlet telah menyertai kejohanan ini dibawah pemantauaan Jurulatih Menembak Negeri Johor iaitu Mr. Nikolaev Victor, En. Subari Ariffin dan Pn. Siti Aidah Hassan. Sukan Menembak Negeri Johor tidak pernah menghampakan Negeri Johor kerana seringkali membawa pulang pingat setiap kali menyertai sesuatu kejohanan. Saya ucapkan tahniah kepada jurulatih dan atlet-atlet menembak dengan kejayaan yang dicapai.

Keputusan :


10M Air Rifle Men
25M Sport Pistol Men
 
10M Air Pistol Women
 
50M Rifle Prone
10M Air Pistol Men
25M Standard Pistol Men
25M Pistol Women
50M Pistol Men

Latihan Persediaan Perlawanan Persahabatan Bersama Singapura

Tarikh : 12 November 2009
Tempat : Royal Johor Country Club, Johor Bahru

Satu latihan persediaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan bersama Team Ultimate Squasher dari Singapura telah dijalankan seminggu sebelum tarikh perlawanan bertempat di Royal Johor Country Club, Johor Bahru bermula 9hb hingga 14hb November 2009. Kebanyakan penyertaan atlet merupakan atlet-atlet baru yang perlu didedahkan dengan suasana pertandingan. Perlawanan persahabatan akan dijalankan pada 15hb November 2009 di gelanggang skuasy tersebut. Perancangan bersama telah dibuat 1 bulan awal bersama Sandra yang merupakan jurulatih bagi Team Ultimate Squasher ini. Semoga program ini akan berterusan dijalankan bagi perkembangan Sukan Skuasy Negeri Johor.



Latihan dijalankan dengan bantuan bekas atlet skuasy Negeri Johor iaitu Nor Aziah Omar.


Coach Ridzuan sedang melatih atlet bawah 11 tahun.


Visual latihan Sukan Skuasy

Sunday, November 1, 2009

Kejohanan Perahu Layar Terbuka KFC - 11th Tunku Laxamana 2009

Pasukan Perahu Layar Negeri Johor telah berjaya membawa pulang 2 pingat iaitu 1 Perak dan 1 Gangsa dalam Kejohanan Perahu Layar Terbuka Antarabangsa KFC - 11th Tunku Laxamana 2009 yang telah diadakan di Kompleks Sri Bagan Pinang, Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan yang lalu.

Menurut En. Nordin (pengurus pasukan), kedua-dua pingat ini telah diraih oleh pelayar Johor, iaitu adik Nurshazrin Binti Mohd Latif yang telah memenangi tempat kedua dalam kategori Optimist Terbuka Division B dan Gangsa bagi kategori Optimist Terbuka Perempuan dengan 29 mata dari keseluruhan 6 perlumbaan yang telah dijalankan. En. Nordin turut mengatakan bahawa beliau mensasarkan 1 Emas dan 1 Perak, namun nasib kurang menyebelahi pelayar-pelayar Johor apabila mereka kurang menyerlah di kejohanan ini. Walau bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kejayaan dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pelayar. Semoga atlet-atlet ini akan lebih bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih di kejohanan yang akan datang.

Sekian dan tahniah di ucapkan kepada jurulatih dan atlet-atlet pelayaran.


 

Monday, September 14, 2009

KAJIAN KELOMPOK DI BULAN RAMADHAN - ISN

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan kajianan ke atas semua atlet di setiap negeri sepanjang bulan Ramadhan ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti beberapa faktor yang berkaitan dengan pengaruh puasa terhadap prestasi atlet yang beragama Islam. Selain itu, satu kesimpulan akan dibuat bagi membantu mengenalpasti permasalahan yang wujud dan mampu memberi penyelesaian terbaik demi kecermelangan sukan negara.
Bagi Negeri Johor, kajian telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara Pusat Satelit Larkin dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan USPTN Johor yang melibatkan atlet SUKMA, Pelapis serta atlet-atlet yang terdapat dalam program sukan MSNJ dan MSNM. Proses pengumpulan data telah dilaksanakan bermula pada 7hb September 2009.

Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Silat Olahraga Pelapis Negeri
Atlet Silat Olahraga di Taman Molek di bawah bimbingan Coach Ayub.

Tarikh : 12 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Perahu Layar Pelapis Negeri
 
Sesi Suai Kenal Bersama Atlet dan Ibu Bapa

 
Perbincangan Pengisian Borang Soal Selidik Oleh En. Sarkawi (ISN Larkin)
Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat. Sokongan anda semua adalah diharapkan. 

Friday, August 21, 2009

Kejohanan Olahraga Terbuka POA Johor 2009

Tarikh : 8hb - 9hb Ogos 2009
Venue : Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor
Atlet Pelapis Negeri Johor telah meraih 2 Perak dan 3 Gangsa di kali ini. Satu penghargaan kepada Coach Haji Shazan apabila diminta untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang...


Keputusan :

1.
Ng Sze Cin
Lompat Jauh
4.65M
5
Lompat Kijang
9.90M
3
2.
Candy Tan Sue Chin
100M
15.03s
7
200M
28.4s
3
3.
Pua Ling Ting
5000M J.kaki
32:06.2s
2
4.
Pua Ling En
5000M J.kaki
33:24.1s
3
5.
Ng Yean Chaur
Lompat Tinggi
1.80M
7
Lompat Kijang
6.09M
4
6.
Mohd Imran Hamid
Lempar Cakera
33.87M
2
Merejam Lembing
44.77M
3
7.
Pua Ling Zheng
400M
4


 
Atlet Bersiap Untuk Bertanding
 
Aksi Atlet Jalan Kaki
 
Aksi Atlet Acara Padang

Monday, August 3, 2009

17th Squash SportExcel-Milo-NSC Grand Finals Results

Kejohanan Grand Finals of 17th SportExcel - MILO - NSC National Junior Squash Circuit 2009 telah diadakan di National Squash Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30hb Julai - 2hb Ogos 2009.

Walau bagaimanapun, hanya Sofea Najwa Binti Zakaria yang kini belajar di SMK. Seri Puteri, Cyberjaya merupakan atlet tunggal Johor yang akan menyertainya dengan kedudukan ranking 8 keseluruhan. Beliau tidak menyertai beberapa kejohanan sebelum ini dan tidak menjalani latihan secara sempurna kerana tiada jurulatih yang membimbing beliau sejak berada di sekolah tersebut.

Namun, itu bukanlah menjadi pengukur prestasi beliau apabila Sofea telah mengejutkan semua atlet apabila berjaya meraih ranking ke-3 di Grand Final ini. walaupun tanpa latihan yang cukup. Sofea telah membuktikan yang beliau adalah seorang atlet yang berbakat. Oleh itu, saya berharap agar Sofea akan terus kekal sebagai atlet Johor pertama Squash yang amat berbakat dan boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kehadiran keluarga memberi semangat kepada Sofea
Selepas Semi Final kalah kepada Aika Azman (Winner)
Gambar Keseluruhan Pemenang

Shahril Raih Emas 50M Rifle Prone


MUHAMAD Shahril Sahak sekali lagi membuat kejutan apabila meraih pingat emas dalam acara 50 meter raifal prone di Mini Olimpik Malaysia 2009 di Lapang Sasar Subang, semalam.

Penembak remaja dari Batu Pahat itu mengetepikan cabaran penembak handalan negara - antaranya Azlan Johari dan Mohd Hameleay Abd Mutalib apabila mencatat 586 mata pada peringkat saringan dan mengumpul 689.4 mata pada saingan akhir.

Ini adalah emas kedua bagi penuntut Sekolah Menengah Batu Pahat itu selepas melakar kejutan dalam saingan raifal angin 10m dengan catatan 581 (681.5 mata) pada hari pertama kejohanan, kelmarin.

Bagaimanapun catatan dalam kedua-dua cara ini gagal melayakkan dirinya beraksi ke Sukan Sea Loas 2009 Disember nanti. Mata kelayakan diperlukan untuk acara 50m raifal prone ialah 588 mata sementara 10 meter raifal angin, 590 mata.

"Saya gembira kerana berjaya meraih dua emas dalam dalam Mini Olimpik ini tapi kecewa kerana tidak layak bersaing di Sukan Sea yang menjadi matlamat utama dalam kejohanan ini," kata Shahril yang mendapat bimbingan bekas penembak ATM, Subari Ariffin.

Pingat perak acara 50m raifal prone ini dimenangi Mohd Norahimin Abd Halim dari Pahang yang mengumpul 586 (688.4 mata), sementara gangsa di raih Mohd Hadafi Jaafar dari PDRM, 589 (687.7 mata).

Resources by :

Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my


Monday, July 20, 2009

KFC-Putrajaya Sailing Regatta 2009

Kejohanan Perahu Layar KFC-PUTRAJAYA SAILING REGATTA 2009 yang berlangsung pada 10-12hb Julai 2009 di Tasek Club Perahu Layar Putrajaya, seramai lebih 141 orang pelayar yang menyertai kejohanan terbuka KFC-PUTRAJAYA baru-baru ini.

Persatuan Pelayaran Johor (PPJ) telah menghantar seramai 16 orang untuk menyertai kejohanan tersebut yang antaranya terdiri daripada 7 orang pelayar Elit dan 9 orang pelayar Pelapis. Antara pelayar Pelapis yang mewakili negeri Johor adalah daripada Sekolah kopok, Sekolah Kota masai, Sekolah Pasir Gudang dan Skolah Johor Bahru. Kesemua Pelayar Pelapis Johor berumur 10 tahun kebawah.

Persatuan Pelayaran Johor telah meraih sebanyak 3 buah pingat iaitu 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Antara pelayar yang berjaya menyumbang pingat pada persatuan dan negeri ialah Adik Malone Pun Jao Jie (Emas), Adik Firdaus b Othman (Perak) dan Adik Nurshazrin B Mohamad Latif (Gangsa).

ANTARA PELAYAR YANG MENYERTAI KFC-PUTRAJAYA SAILING WEEK 2009:-

  1. MALONE PUN JAO JIE (OPTIMIST ELIT)
  2. NURSHAZRIN BT MOHAMAD LATIF (OPTIMIST ELIT)
  3. MUHAMMAD FAIRUZ B ZAINAL ABIDIN (OPTIMIST ELIT)
  4. AMJAD NAUFAL B SHAHRIN (OPTIMIST ELIT)
  5. FIRDAUS B OTHMAN (OPTIMIST PELAPIS)
  6. MOHAMAD AHDA B JAMIL (OPTIMIST PELAPIS)
  7. AFIQAH BT MOKHTAR (OPTIMIST PELAPIS)
  8. NAQUIB EIMAN B SHAHRIN (OPTIMIST PELAPIS)
  9. MUHAMMAD AMIRUL SYAHMI B MOHD NAZIM (OPTIMIST PELAPIS)
  10. MOHAMAD IQAL B JAMIL (OPTIMIST PELAPIS)
  11. MUHAMMAD FARHAN B KAMARDIN (LASER RADIAL ELIT)
  12. HAKIM B WAGIMAN SARMIN (LASER 4.7 ELIT)
  13. SITI MASITAH BT ROSLAN (LASER 4.7 PELAPIS)
  14. NORJASWANA BT JAMIL (LASER RADIAL PELAPIS)
  15. MOHAMAD FAZARIKMAN B MOHD FAUDZI (INT 420 PELAPIS)
  16. MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ B AMRAN (INT 420 ELIT)
Persiapan Bot diperhatikan oleh Jurulatih En. Abd. Aziz

BERITA OLEH : MOHD YUSOF IBRAHIM

CIMB Grand Final National Junior Squash Circuit 2009

Kejohanan CIMB Grand Final National Junior Squash Circuit 2009 telah diadakan pada 16hb hingga 19hb Julai 2009 bertempat di National Squash Center, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai 27 orang atlet Johor yang menyertai kejohanan ini termasuk atlet-atlet baru yang akan diberi pendedahan ke suasana pertandingan sebenar.

Untuk makluman, 2 orang atlet Johor telah berjaya memperoleh tempat kedua iaitu Ahmad Sufyan Bin Rusli (Boy Under 9) dan Asyraf Izhar Bin Rosli (Boy Under 11). Kedua-dua orang atlet ini memang berbakat sejak mula menyertai 1st Leg CIMB lagi, akhirnya mereka berjaya menonjolkan prestasi mereka di Grand Final ini. Saya berharap mereka akan terus maju dan mengekalkan kejayaan mereka di dalam Kejohanan Sport Excel nanti.

Semoga Berjaya.
Ahmad Sufyan (Belakang)


Asyraf Izhar (Baju Hitam)


Gambar Pemenang

KFC-Terengganu Open Regatta 2009

Persatuan Pelayaran Johor meraih 3 emas 1 perak 1 gangsa di Kejohanan KFC-TERENGGANU OPEN REGATTA 2009 yang bertempat di perairan Pusat Persatuan Perahu Layar Terengganu (TESA) pada 04 - 07 Jun 2009 baru-baru ini. Kejohanan tersebut terbahagi kepada 5 kategori iaitu kategori Laser Standard, Laser Radial, Laser 4.7, Optimist dan International 420.

Adik Mohd Farhan atau nama panggilannya "MOON" menyinar di Kejohanan Terengganu Open Regatta 2009 dengan mendapat emas mengatasi peserta dari negeri lain dengan memperolehi mata saingan sebanyak 19 mata. Adik Mohd Farhan berkata walaupun angin di Terengganu tidak stabil, ini tidak bermakna boleh mematahkan semangatnya untuk mendapatkan emas buat dirinya,persatuan sekali gus untuk negeri Johor.

Antara Pelayar Johor yang berjaya membawa pingat untuk Persatuan Pelayaran Johor ialah Adik Mohd Farhan b Kamardin (emas), Adik Nurshazrin Bte MOhd Latif (emas), Adik Muhammad Ahda b Jamil (emas), Adik Hakim b Wagiman Sarmin (perak) dan Adik Firdaus b Othman (gangsa).

En Nordin Daud,Pengurus Pasukan Pelayaran Johor berkata, saya bangga menjadi pengurus Pelayaran Johor kerana pelayar Johor berjaya melangkah satu lagi tapak kejayaan buat Persatuan Pelayaran Johor (PPJ), Kejayaan di Terengganu menambahkan lagi keyakinan saya terhadap pelayar Johor untuk mendapat lebih banyak lagi emas dalam Kejohanan-kejohanan besar yang akan diadakan di malaysia pada tahun 2009 ini.

Atlet Negeri Johor

Perbincangan antara Jurulatih

Senaman Pagi

BERITA OLEH: MOHD YUSOF B IBRAHIM


Thursday, June 25, 2009

Kejohanan Olahraga Terbuka Melaka 2009

Tarikh : 19hb - 22hb Jun 2009
Venue : Stadium Hang Jebat, Melaka

Atlet Pelapis Negeri Johor telah meraih 3 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa di kejohanan ini. Atlet-atlet ini berlatih dibawah bimbingan Jurulatih berpengalaman iaitu Coach Shazan Amir bertempat di Batu Pahat, Johor.

Satu rekod baru kejohanan oleh Ng Sze Cin dalam acara Lompat Kijang. Manakala, atlet-atlet lain telah melakukan Personal Best dalam kejohanan kali ini. Satu peningkatan yang baik bagi pembangunan Sukan Olahraga Negeri Johor.

Tahniah.

Tuesday, June 2, 2009

KFC-Langkawi International Geopark Regatta 2009

Pasukan Perahu Layar Johor mencapai kejayaan cemerlang apabila meraih 5 pingat iaitu 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di KFC-Langkawi International Geopark Regatta 2009 yang telah diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah pada 14hb - 18hb Januari 2009.

2 Emas diraih Pasukan Johor melalui Adik Mohd Firdaus Othman dalam kategori Optimist Division C (Bawah 10 Tahun) dan Adik Malone Pun Chao Jie dalam kategori Optimist Division B (Bawah 12 Tahun).

2 pingat Perak pula diraih oleh Adik mohamad Amirul Syafiq Jais dalam kategori Laser 4.7 (Lelaki) dan Adik Nurshazrin Bte Mohamad Latif dalam kategori Optimist Division B manakala pingat Gangsa pula disumbang oleh Adik Ummah Amirah Jamit menerusi acara Laser Radial (Wanita).

Pengurus Pasukan Johor, Encik Nordin Harun ketika ditemui menyatakan bahawa Pasukan Johor telah menunjukkan aksi yang cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama pasukan Johor memenangi pingat Emas melalui kategori Optimist Division C (Lelaki).

''Persatuan Pelayaran Johor mengharapkan agar semua Atlit Perahu Layar Johor serta Jurulatih-jurulatih Pasukan Johor akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.'' katanya.

BERITA OLEH: MOHD YUSOF B IBRAHIM

Monday, June 1, 2009

Pusat Latihan Sukan Menembak




Pusat Latihan Negeri Sukan Menembak terletakadi Lapangsasar Persatuan Menembak Johor, Batu Pahat, Johor yang mula beroperasi pada bulan Julai 2000 dibawah seliaan 3 orang Jurulatih dengan penglibatan hampir 35 orang atlet dari beberapa buah sekolah sekitar Daerah Batu Pahat. Pusat ini memberi tumpuan latihan kepada acara asas air pistol dan air rifle.

Sehubungan itu, Sukan Menembak Negeri Johor juga telah mencapai beberapa siri kejayaan yang membanggakan sama ada diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dengan melahirkan beberapa orang penembak yang berbakat dan kompetitif seperti Ridhuan Mohamed, Mohd Shahril Sahak, Fatin Azreen dan Erene Chew, atlet muda semakin meningkat. Tambahan pula, kini Fatin telah menyertai skuad Pelapis Kebangsaan dan mengikuti latihan secara sepenuh masa di Bukit Jalil, MSNM.

Sukan Menembak Negeri Johor ini telah mendapat sokongan penuh dari Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Menembak Johor kerana telah berjaya memartabatkan sukan ini sehingga taraf antarabangsa melalui penyertaan atlet, pencapaian atlet yang memberangsangkan dan kejayaan penganjuran kejohanan. Semoga kejayaan ini sedikit sebanyak memberi perangsang kepada Jurulatih dan Atlet Sukan Menembak Negeri Johor bagi mengekalkan kejayaan ini.

Semoga Berjaya kepada mereka.