Thursday, June 25, 2009

Kejohanan Olahraga Terbuka Melaka 2009

Tarikh : 19hb - 22hb Jun 2009
Venue : Stadium Hang Jebat, Melaka

Atlet Pelapis Negeri Johor telah meraih 3 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa di kejohanan ini. Atlet-atlet ini berlatih dibawah bimbingan Jurulatih berpengalaman iaitu Coach Shazan Amir bertempat di Batu Pahat, Johor.

Satu rekod baru kejohanan oleh Ng Sze Cin dalam acara Lompat Kijang. Manakala, atlet-atlet lain telah melakukan Personal Best dalam kejohanan kali ini. Satu peningkatan yang baik bagi pembangunan Sukan Olahraga Negeri Johor.

Tahniah.

Tuesday, June 2, 2009

KFC-Langkawi International Geopark Regatta 2009

Pasukan Perahu Layar Johor mencapai kejayaan cemerlang apabila meraih 5 pingat iaitu 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di KFC-Langkawi International Geopark Regatta 2009 yang telah diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah pada 14hb - 18hb Januari 2009.

2 Emas diraih Pasukan Johor melalui Adik Mohd Firdaus Othman dalam kategori Optimist Division C (Bawah 10 Tahun) dan Adik Malone Pun Chao Jie dalam kategori Optimist Division B (Bawah 12 Tahun).

2 pingat Perak pula diraih oleh Adik mohamad Amirul Syafiq Jais dalam kategori Laser 4.7 (Lelaki) dan Adik Nurshazrin Bte Mohamad Latif dalam kategori Optimist Division B manakala pingat Gangsa pula disumbang oleh Adik Ummah Amirah Jamit menerusi acara Laser Radial (Wanita).

Pengurus Pasukan Johor, Encik Nordin Harun ketika ditemui menyatakan bahawa Pasukan Johor telah menunjukkan aksi yang cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama pasukan Johor memenangi pingat Emas melalui kategori Optimist Division C (Lelaki).

''Persatuan Pelayaran Johor mengharapkan agar semua Atlit Perahu Layar Johor serta Jurulatih-jurulatih Pasukan Johor akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.'' katanya.

BERITA OLEH: MOHD YUSOF B IBRAHIM

Monday, June 1, 2009

Pusat Latihan Sukan Menembak




Pusat Latihan Negeri Sukan Menembak terletakadi Lapangsasar Persatuan Menembak Johor, Batu Pahat, Johor yang mula beroperasi pada bulan Julai 2000 dibawah seliaan 3 orang Jurulatih dengan penglibatan hampir 35 orang atlet dari beberapa buah sekolah sekitar Daerah Batu Pahat. Pusat ini memberi tumpuan latihan kepada acara asas air pistol dan air rifle.

Sehubungan itu, Sukan Menembak Negeri Johor juga telah mencapai beberapa siri kejayaan yang membanggakan sama ada diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dengan melahirkan beberapa orang penembak yang berbakat dan kompetitif seperti Ridhuan Mohamed, Mohd Shahril Sahak, Fatin Azreen dan Erene Chew, atlet muda semakin meningkat. Tambahan pula, kini Fatin telah menyertai skuad Pelapis Kebangsaan dan mengikuti latihan secara sepenuh masa di Bukit Jalil, MSNM.

Sukan Menembak Negeri Johor ini telah mendapat sokongan penuh dari Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Menembak Johor kerana telah berjaya memartabatkan sukan ini sehingga taraf antarabangsa melalui penyertaan atlet, pencapaian atlet yang memberangsangkan dan kejayaan penganjuran kejohanan. Semoga kejayaan ini sedikit sebanyak memberi perangsang kepada Jurulatih dan Atlet Sukan Menembak Negeri Johor bagi mengekalkan kejayaan ini.

Semoga Berjaya kepada mereka.






Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang 2009

Tarikh : 29hb - 31hb Mei 2009
Venue : Stadium Mini Temerloh, Pahang

Hanya 2 orang atlet Pelapis Negeri Johor menyertai kejohanan ini dan Pua Ling Ting telah meraih emas dalam acara 5,000M Jalan Kaki dan Mohd Imran Bin Hamid merupakan atlet baru yang diserapkan dalam Program Pelapis telah menonjolkan prestasi yang baik.

Keputusan :

Pua Ling Ting - 5,000M Jalan Kaki - 31:00.83s

Mohd Imran -
Lontar Peluru - 11.15M
Lempar Cakera - 36.03M
Rejam Lembing - 45.37M

Bersama Staff Pelapis Serantau
Pua Ling Ting

Pusat Latihan Sukan Pelayaran

Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran terletak di Pasir Layar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor. Segala latihan mingguan dan kursus diadakan di bawah seliaan 3 orang jurulatih dengan melibatkan hampir 50 orang atlit yang datang dari beberapa buah sekolah di sekitar Pasir Gudang dan negeri Johor.

Sukan Pelayaran Johor juga telah mencapai beberapa siri kejayaan yang membanggakan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Selain daripada itu, 7 orang atlet ohor juga telah pun terpilih untuk menyertai pasukan kebangsaan di bawah program MYA Gemilang-Pelapis dan mengikuti latihan secara sepenuh masa di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah.

Persatuan Perahu Layar akan terus memainkan peranan untuk memartabatkan sukan perahu layar ini hingga ke taraf antarabangsa melalui penyertaan dan penganjuran. Kejayaan akan tercapai sekiranya persatuan sentiasa mendapat sokongan dan bantuan yang berterusan dari semua pihak. Ianya juga selari dengan matlamat dan saranan Kerajaan supaya sukan air di Malaysia terus berkembang maju.

Semoga Berjaya kepada mereka.

Pusat Latihan Negeri