Monday, April 6, 2009

Program TID Sukan Menembak

Pelaksanaan Program TID Sukan Spesifik Menembak telah dianjurkan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri di bawah Program Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor, Cawangan Mengenalpasti Bakat Institut Sukan Negara dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dalam usaha pembangunan sukan negara secara berterusan dan sistematik.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam lingkungan usia 13 hingga 15 tahun di dalam sukan menembak untuk diserapkan ke pusat-pusat latihan Cawangan Pelapis MSN.

Proses pemilihan Fasa 1 diadakan bermula pada 25 Mac 2009 sehingga 3 April 2009 di 8 buah sekolah Daerah Batu Pahat, dan Fasa 2 dijalankan oleh pihak ISN Cawangan Mengenalpasti Bakat pada 31 Mac 2009 bertempat di Lapang Sasar Persatuan Menembak Johor di Batu Pahat, Johor yang melibatkan seramai 73 orang peserta.

Di dalam proses pemilihan tersebut, para peserta akan diuji dengan beberapa ujian mengenalpasti bakat spesifik untuk sukan menembak iaitu ujian ketepatan, imbangan, kosentrasi, kekuatan fizikal dan ujian penglihatan yang bersesuaian.

Jurulatih menembak Johor En. Subari Ariffin
Fasa 1 : SMK. Banang Jaya, Batu Pahat
Fasa 2 : Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor