Sunday, February 20, 2011

KEJOHANAN SKUASY MSSJ 2011

Kejohanan Skuasy MSSJ 2011
Tempat : Mercure Resort, Senai, Johor
Tarikh : 18 - 20 Februari 2011

Kejohanan Skuasy MSSJ 2011 telah diadakan pada 18hb hingga 20hb Februari 2011 bertempat di Mercure Resort, Senai, Johor dengan jumlah penyertaan sebanyak 130 orang atlet dari seluruh daerah Negeri Johor. Sepanjang kejohanan ini, atlet-atlet di setiap daerah telah menunjukkan pelbagai aksi dan teknik kemahiran yang memuaskan untuk bersaing antara satu sama lain. Namun, atlet daerah Johor Bahru tetap mempertahankan kejuaraan mereka apabila menjadi Juara Keseluruhan bagi kejohanan tersebut. 

Di kejohanan ini, atlet lelaki dari Ledang, Tangkak lebih menguasai kategori lelaki apabila 2 orang atlet telah menjuarai Under 15 dan Under 17 iaitu adik Asyraf Izhar Bin Rosli dan Mohd Azfar Bin Noordin. Perlawanan sengit apabila adik Asyraf Izhar yang masih muda (13 Tahun) telah bersaing dengan adik Ahmad Irfan (15 Tahun) di pusingan akhir dengan kemenangan 3-2 amat mengejutkan. Ini membuktikan umur bukan dijadikan ukuran dalam Sukan Skuasy namun teknik dan kemahiran yang baik perlu ditekankan dalam program latihan bagi peningkatan prestasi atlet-atlet.

Bagi kategori wanita, atlet daerah Johor Bahru lebih menguasainya berbanding atlet-atlet daerah lain. Contoh adik Nur Sara Halisha Binti Halim telah menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik dan meningkat berbanding tahun 2010. Di samping itu, kejohanan ini menjadi lebih menarik apabila adik Thoo Jun Yi dari Perlis telah berpindah ke Johor dan buat pertama kalinya menyertai kejohanan di Johor bersama atlet-atlet lain bertemu dengan adik Ahmad Sufyan Bin Rusli di pusingan akhir kategori lelaki Under 12. Persaingan sengit ditunjukkan kedua-dua atlet ini kerana mereka merupakan Top 8 CIMB Rising Stars pada tahun 2010 yang lalu. Ini telah memberi satu impak persaingan antara adik Ahmad Sufyan dan Thoo Jun Yi. 

Di samping itu, satu pujian diberikan kepada guru-guru terlibat serta ibu bapa atlet yang sering memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini sepanjang kejohanan tersebut dan dalam pembentukan pembangunan Sukan Skuasy Negeri Johor. Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan dan berterusan di Negeri Johor.

Pemenang-pemenang Sukan Skuasy MSSJ 2011


1. Under 12 Boys   - Thoo Jun Yi (JB)
2. Under 15 Boys   - Asyraf Izhar Bin Rosli (Ldg)
3. Under 17 Boys   - Mohd Azfar Bin Noordin (Ldg)
4. Under 12 Girls   - Nur Sara Halisha Binti Halim (JB)
5. Under 15 Girls   - Fakhrani Arinah Binti Asril (JB)
6. Under 17 Girls   - Aqilah Binti Shamsul Azhar (JB)

Friday, February 11, 2011

SUKAN MALAYSIA 2011 & 2012

KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA BATAM, INDONESIA 2011

Pasukan Pelayaran Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Perahu Layar Terbuka Batam, Indonesia pada 25hb hingga 31hb Januari bertempat di Batam, Indonesia. Seramai 5 orang atlet telah menyertai kejohanan ini diselia oleh 1 pegawai, 1 jurulatih dan 1 guru pengiring wanita. Kejohanan ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Persatuan Pelayaran Johor dan ini merupakan permulaan yang baik bagi atlet-atlet muda untuk diberi pendedahan ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Atlet-atlet yang menyertai kejohanan ini merupakan atlet acara optimis. Sepanjang kejohanan dilangsungkan, atlet-atlet telah menunjukkan prestasi yang baik terutama sekali adik Nurshazrin Binti Mohd Latif kerana beliau telah meraih pingat emas dalam acara optimis B individu dan keseluruhan. Selain itu, jurulatih turut membawa atlet baru yang cuba diberikan pendedahan dengan suasana kejohanan sebenar iaitu adik Nurin Arisha Binti Mohd Azman, Walaupun beliau masih baru namun prestasi yang ditunjukkan amat memuaskkan.Tahniah diucapkan kepada semua atlet-atlet yang menyertai kejohanan ini serta pegurus dan jurulatih yang telah memberi sepenuh komitmen terhadap Sukan Pelayaran Negeri Johor. Sekian, terima kasih.

KEPUTUSAN