Friday, June 18, 2010

ARISHA BUKTI STATUS BUKAN HALANGAN APABILA CIPTA 2 REKOD KEBANGSAAN 75KG

 


DUA wanita perkasa mengharumkan nama Johor dalam sukan angkat berat semalam, apabila memecah empat rekod kebangsaan dengan pemenang pingat emas acara 75 kilogram, Arisha Farra Erwin (gambar) membuktikan status selaku isteri dan ibu kepada dua orang anak bukan halangan mencipta gemilang di Sukan Malaysia XIII. 

Arisha, berasal dari Miri, Sarawak, kini wakili Johor menuai emas pertama melalui angkatan 85kg sekaligus membaiki rekod peribadi miliknya, 81kg, dicipta pada Mini Olimpik, Ogos tahun lalu.


Dia kemudian mengulangi kegemilangan itu apabila merekodkan 102kg dalam clean & jerk bagi memadam rekod lama miliknya, 100kg, dilakukan di Pulau Pinang, Mei tahun lalu.


“Komitmen tinggi dalam rumah tangga dan sebagai ibu tidak menghalang saya untuk lebih agresif dalam sukan ini," kata Arisha, yang berharap dapat membutirkan kilauan pingat di Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober ini.


“Saya mula menyertai sukan itu sejak anak (sulung) saya berusia setahun dan suami (bekas atlit bina badan Angkatan Tentera Malaysia) mendorong saya untuk serius dalam sukan ini." 

Lebih manis lagi, kejayaannya itu diraikan bersama suami, Suzaili Abdul Rahim dan anak sulungnya, Mohd Rifky Danial, 9. 

Dua lagi rekod kebangsaan dicipta seorang lagi atlit Johor Tey Shan Fung, snatch kategori lebih 75kg wanita dengan angkatan 84kg, 1kg mengatasi rekod lama dan kemudian dalam clean & jerk dengan bebanan 106kg. 
“Saya gembira dapat memecah rekod kebangsaan,” kata Tey, berasal dari Telupit, Sabah. “Namun, ia bukan angkatan terbaik saya kerana pernah mengangkat bebanan 115kg semasa latihan.” 

Satu rekod kejohanan turut dicipta dalam snatch 94kg lelaki oleh Firdaus Abd Razak dari Kedah dengan sejumlah 124kg dan dia turut meraih emas dalam clean & jerk. 

Laporan oleh BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment