Sunday, May 24, 2009

Karnival Pelapis Negeri Pulau Pinang 01/09

Tarikh : 7hb hingga 10hb Mei 2009
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Karnival Pelapis Negeri Siri 1/09 telah diadakan di Pulau Pinang yang melibatkan 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Akuatik - Terjun, Gimrama, Gimnastik, Memanah, Menembak, Olahraga dan Tinju. Walau bagaimanapun, Sukan Olahraga tidak dapat menyertai kejohanan ini kerana terlibat dengan MSSM di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, seramai 2 orang jurulatih & 8 orang atlet Menembak Negeri Johor telah menyertai karnival ini. Keputusan amatlah membanggakan bagi atlet peringkat umur bawah 16 tahun ini terutama kepada acara berpasukan air pistol kerana memperoleh emas. Atlet Menembak Pelapis Negeri Johor telah meraih 1 emas, 1 Perak dan 2 Gangsa di karnival ini, Tahniah.
 
Suasana Kelab Menembak

 
Aksi Atlet Menembak Johor Seharian di Lapang Sasar
 
Atlet Tunggal Wanita Yang Semakin Menyerlah

Wednesday, May 20, 2009

Kejuaraan Pencak Silat SIJORI 2009

Tarikh : 14hb - 19hb Mei 2009
Venue : IOI Mall, Bandar Baru Kulai Jaya, Johor

Penyertaan :
1. Negeri Johor
2. Pelapis Negeri Johor
3. Singapura
4. Kabupaten Tg. Pinang
5. Kabupaten Riau
6. Kabupaten Siak
7. Kabupaten Lingga
8. Kabupaten Indragiri Hulu
9. Kabupaten Karimun
10. Kabupaten Bintan

Kejuaraan tersebut adalah merupakan satu kejohanan sukan dan budaya berbentuk permuafakatan dan persefahaman bangsa. Antara acara-acara yang dilaksanakan terdiri daripada Silat Seni dan Silat Olahraga.

Silat Seni - 37 orang atlet
Silat Olahraga - 86 orang atlet

Atlet Pelapis Negeri Johor memperolehi tempat ke -4.
Kejohanan ini akan diadakan di Singapura pada tahun 2010.

Upacara Penyerahan Bendera


Bersama Atlet Pelapis Johor


Kegembiraan Atlet Pelapis Johor