Monday, May 17, 2010

PEMANTAUAN PPN - SUKAN MENEMBAK

TARIKH : 13HB MEI 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR
PESERTA : PPN, 2 PEGAWAI ISN, 15 ATLET & 3 JURULATIH


Pemantauan secara berkala dilakukan bagi meninjau sesi latihan serta program yang dijalankan oleh jurulatih bagi persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia 2010 di Melaka. Perjumpaan bersama atlet dan perbincangan bersama jurulatih diadakan bagi memastikan tiada masalah dan kekangan yang dihadapi.  

Latihan

Kehadiran atlet amatlah memuaskan dan hanya terdapat segelintir atlet yang hadir lewat jam 6.00 petang berikutan aktiviti di sekolah dan menghadiri tusyen. Semasa pemantauan dijalankan, hanya tinggal 4 orang atlet yang masih menjalani latihan iaitu adik Nurheidiyatun, Nik Ai'mullah, Mohd Muhly dan Ong Zheng Shen. Pada kali ini, kebanyakan atlet menjalani latihan simulator bagi atlet pistol dan air rifle. Semasa kehadiran saya, hanya adik Mohd Muhly yang menjalani latihan menggunakan pellets / peluru sepanjang sesi latihan air rifle. Manakala, atlet-atlet lain sudah selesai menjalani latihan dan bersedia untuk sesi pengenalan bersama pegawai-pegawai ISN iaitu Cik Risnainy dan Cik Azura.


Persekitaran Latihan

Kemudahan dan kelengkapan peralatan baru telah diterima. Ini membolehkan atlet dapat menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut dan menjalani latihan dengan selesa. Manakala, kerosakan siling di ruang 10M yang lalu telah dibaiki, namun ruang tersebut perlu dibaiki secara keseluruhan kerana beberapa kawasan telah menunjukkan kesan akan berlaku kerosakan yang sama. Jurulatih turut memaklumkan bahawa kerosakan senjata masih dialami terutama kepada senjata api jenis air rifle. Perkara ini telah dilihat saya sendiri sewaktu jurulatih Mr. Nikolaev Victor memperbaiki kerosakan senjata milik Mohd Shahril Sahak.


Program Bersama ISN

2 orang pegawai ISN iaitu Cik Risnainy (Pegawai Pemakanan) dan Cik Azura (Pegawai Psikologi) telah turut mengikuti PPN dalam sesi pemantauan pada kali ini. Cik Risnainy telah membekalkan atlet-atlet Sukan Menembak dengan supplements dan memberi penerangan berkenaan pemakanan yang seimbang bagi Sukan Menembak. Manakala, Cik Azura telah menjalankan beberapa sesi psikologi bagi atlet-atlet tersebut sebagai motivasi diri. Saya berharap agar sesi bersama pihak ISN akan terus berlanjutan demi meningkatkan mutu Sukan Menembak Negeri Johor.


Cadangan

Jurulatih mencadangkan agar menjalani latihan Pra Sukma seminggu awal di Melaka bagi persediaan atlet ke Temasya Sukan Malaysia XIII, Melaka. Ini membolehkan para atlet menyesuaikan suasana dan keadaan pertandingan terlebih dahulu. Perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak Sekretariat SUKMA Johor 2010.

Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Laporan disediakan oleh Norasikin Ebrahim

Sunday, May 9, 2010

CIMB RISING STARS NATIONAL JR CIRCUIT - 3RD LEG

TARIKH : 6 - 9 MEI 2010
TEMPAT : GELANGGANG SQUASH MSP, KUANTAN, PAHANG
PESERTA : 2 JURULATIH & 7 ATLET

Seramai 7 orang atlet iaitu 5 orang atlet lelaki dan 2 orang atlet wanita telah menyertai Kejohanan 3rd CIMB Rising Stars Jr. Circuit pada 6hb hingga 9hb Mei 2010 bertempat di Pahang Squash Academy, Gelanggang Squash MSP, Kuantan, Pahang dengan iringan 2 jurulatih iaitu Syahrin Siva Hj Salim dan Nur Aziah Binti Omar.

Kiri : Adik Ahmad Sufyan menduduki ranking pertama B/U 9

Pada kejohanan ini, tahniah diucapkan kepada adik Ahmad Sufyan Bin Rusli yang telah menduduki Ranking teratas bagi kategori Boys Under 9 buat pertama kalinya. Ini sedikit sebanyak telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik bagi Sukan Skuasy Negeri Johor. Saya berharap agar atlet-atlet yang lain turut mengikut jejak adik Ahmad Sufyan. Untuk makluman, seramai 5 orang atlet yang layak ke 4th Leg CIMB Rising Stars yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 25hb hingga 27hb Jun 2010. 

Gambar semua pemenang dalam setiap kategori
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Sekian.

TUN HANIFF OMAR TROPHY / SPORT EXCEL 4TH JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS

TARIKH : 2 - 9 MEI 2010
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK KEBANGSAAN, SUBANG
PESERTA : 2 JURULATIH & 21 ATLET

Pasukan Menembak Negeri Johor telah meraih tempat pertama dalam Kategori Remaja Sport Excel dengan pungutan pingat 6 - emas, 1 - perak dan 5 - gangsa. Manakala bagi Kategori Terbuka, Johor menduduki ranking ke -4 dengan pungutan pingat 3 - emas, 3 - perak dan 1 - gangsa. Ini menjadikan pungutan pingat keseluruhan yang diraih dalam kejohanan tersebut adalah 9 - emas, 4 - perak dan 6 - gangsa. Ini merupakan kejayaan yang amat bermakna bagi semua atlet dan jurulatih Sukan Menenmbak Negeri Johor. 

Seramai 21 orang atlet termasuk atlet SUKMA Negeri Johor dan Pelapis Negeri Johor telah menyertai kejohanan tersebut dibawah seliaan 2 orang jurulatih iaitu En. Subari Bin Ariffin dan Mr. Nikolaev Victor. Pada kejohanan kali ini, adik Mohd Shahril Sahak telah melepasi mata kelayakan ke Temasya Sukan Komanwel dalam acara air rifle (588) apabila memperoleh mata 590. Manakala bagi acara 50m air rifle prone berpasukan, gandingan adik Mohd Shahril Sahak, Nik Muhammad A'imullah Supardi dan Mohd Muhly Ibrahim Shah telah berjaya memperbaharui dan mencipta rekod baru kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Menembak Negeri Johor sepanjang penyertaan kejohanan tahun 2010. Semoga kejayaan pada kejohanan kali ini dapat dikekalkan dan dijadikan semangat juang untuk menghadapi Temasya Sukan Malaysia XIII di Melaka pada Jun nanti.

UPDATE : KEJOHANAN KFC - JOHOR OPEN REGATTA 2010

TARIKH : 30 APRIL - 2 MEI 2010
TEMPAT : PANTAI PASIR LAYAR, TG. LANGSAT, PASIR GUDANG
PESERTA : 1 PENGURUS, 3 JURULATIH & 28 ATLET

Johor Yatching association (JYA) dibawah Malaysia Yatching Association dengan kerjasama Tanjung Langsat Port Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan Kejohanan KFC - Johor Open Regatta 2010 pada 30hb April hingga 2hb Mei 2010 bertempat di Pantai Pasir Layar, Tangjung Langsat, Pasir Gudang, Johor. 

Seramai 28 orang atlet Pelayaran Negeri Johor telah menyertai kejohanan tersebut termasuk 7 orang atlet Sukma dan 21 orang atlet Pelapis Negeri Johor dibawah Program USPTN Johor. Pelapis Negeri Johor telah memperoleh 3 pingat emas dan 3 pingat gangsa sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini akan dikekalkan sehingga Temasya Sukan Malaysia XIII di Melaka.

Thursday, May 6, 2010

LATIHAN PUSAT PASUKAN SKUASY MSSD JB KE KEJOHANAN SKUASY MSSJ 2010

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Skuasy MSSJ 2010 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

TARIKH      : 11HB - 13HB MEI 2010
HARI           : SELASA, RABU DAN KHAMIS
MASA         : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG
TEMPAT     : GELANGGANG SKUASY MERCURY HOTEL, KULAI


Manakala, atlet-atlet Pasukan Johor Bahru seramai 24 orang telah terpilih menjalani latihan pusat selama 3 hari untuk memantapkan lagi persediaan ke kejohanan tersebut dengan diselia oleh 11 orang pegawai sepertimana berikut :

TARIKH      : 06, 07 dan 10 MEI 2010
HARI           : KHAMIS, JUMAAT DAN ISNIN
MASA         : 3.00 PETANG - 6.00 PETANG
TEMPAT     : GELANGGANG SKUASY DEWAN RAYA MPJBT, TUTA, SKUDAI




Oleh itu, saya mendoakan agar para peserta yang mewakili Daerah Johor Bahru agar berjaya dalam kejohanan ini.

Sekian, terima kasih.

KEJOHANAN MSS DAERAH JOHOR BAHRU 2010 - SUKAN SKUASY

TARIKH : 29 - 30 APRIL 2010
TEMPAT : GELANGGANG SKUASY DEWAN RAYA TUTA, SKUDAI
PESERTA : 83 ORANG ATLET

Kejohanan Sukan Skuasy MSS Daerah Johor Bahru telah diadakan pada 29hb hingga 30hb April 2010 bertempat di Gelanggang Skuasy Dewan Raya MPJBT Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Kejohanan ini telah melibatkan seramai 83 orang penyertaan dengan 3 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 18 bagi Lelaki dan Wanita. Manakala, atlet-atlet yang berlatih dibawah program Pelapis Negeri Johor turut terlibat dalam kejohanan tersebut seramai 20 orang atlet. Sebanyak 16 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah sepertimana berikut :


Antara yang terlibat sepanjang MSSD JB