Monday, April 26, 2010

KFC - JOHOR OPEN REGATTA 2010

Johor Yatching Association (JYA) dibawah Yatching Association Malaysia (MYA) akan menganjurkan Kejohanan KFC - Johor Open Regatta 2010 pada 30hb April hingga 2hb Mei 2010 bertempat di Pasir Layar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor. 

Antara kategori yang dipertandingkan adalah :

1.  Optimist
     1.1 Optimist Class 'A' (Born in 1995 to 1997)
     1.2 Optimist Class 'B' (Born in 1998 to 1999)
     1.3 Optimist Class 'C' (Born in 2000 and after)
     1.4 Optimist Girl
     1.5 Optimist Overall
     1.6 Optimist Johor Closed

2.  Laser
     2.1 Laser Standard
     2.2 Laser Radial
     2.3 Laser 4.7

3.  Inter 420

Maklumat lanjut layari :

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2010, ALOR STAR KEDAH


KEPUTUSAN RASMI
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 1/2010
KEDAH DARUL AMAN
21HB - 25HB APRIL 2010

Sekalung ucapan tahniah kepada Atlet Pelapis Negeri Johor yang telah menyertai Karnival Sukan Pelapis Negeri 1/2010 pada 21hb hingga 25hb April 2010 bertempat di sekitar Alor Star, kedah Darul Aman dengan seramai 78 orang atlet dan 23 orang jurulatih yang terlibat.


Berikut adalah pungutan pingat mengikut sukan bagi Atlet Pelapis Negeri Johor :



Tahniah kepada atlet Sukan Tinju menduduki tangga ke-2 secara keseluruhan dalam penyertaan SUkan Tinju setiap negeri serta atlet Sukan Silat Olahraga telah menduduki tangga ke-3 dalam penyertaan Sukan Silat Olahraga setiap negeri. Manakala bagi Sukan Gimrama, Memanah, Menembak, Olahraga dan Sepak Takraw, ucapan tahniah diberikan kerana memberi saingan yang hebat sepanjang kejohanan berlangsung.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat serta kakitangan USPTN Johor sepanjang karnival ini berlangsung.

Sunday, April 25, 2010

KFC - LUMUT OPEN REGATTA 2010

TARIKH : 9HB HINGGA 11HB APRIL 2010
TEMPAT : BASE RMN, LUMUT, PERAK
PESERTA : 10 ATLET, 2 JURULATIH & 1 PENGURUS

Seramai 10 orang atlet, 2 Jurulatih dan 1 Pengurus Pasukan telah menyertai Kejohanan KFC - Lumut Open Regatta 2010 pada 9hb hingga 11hb April 2010 bertempat di Base RMN, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Setiap tahun Malaysian Yatching Association (MYA) menganjurkan 10 kejohanan yang ditaja oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) bagi mengukur prestasi dan kemampuan pelayar untuk bersaing di kejohanan antarabangsa.


Antara kategori yang dipertandingkan adalah Optimist A, B dan C, Laser Full Rig, Standard & Radial, Inter 420, Inter 470, Windsurfing dan BIC Techno berdasarkan jumlah penyertaan yang diterima. Sistem ranking meliputi Optimist, Laser, Inter 420 dan 470 digunakan dalam pemilihan tujuh perlumbaan terbaik untuk kedudukan ranking tahunan. Oleh itu, pihak USPTN Johor berharap agar semua atlet pelapis bagi Sukan Pelayaran dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi ranking di setiap kejohanan yang disertai.

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2010, ALOR STAR KEDAH

TARIKH : 25HB APRIL 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR POKOK SENA, KEDAH
PESERTA : 7 ATLET & 2 JURULATIH

Pasukan menembak Pelapis Negeri Johor telah menyertai Karnival Sukan Pelapis Negeri 1/2010 pada 22hb hingga 24hb April 2010 bertempat di Lapang Sasar Menembak Pokok Sena, Kedah. Seramai 7 orang atlet telah menyertainya iaitu 4 orang atlet lelaki dan 3 orang atlet wanita serta dibawah seliaan En. Subari Ariffin dan Mohd Nasir iaitu merupakan bekas atlet menembak Negeri Johor. Manakala bagi Adik Muhammad Izzat Saufi dalam acara Rifle tidak dapat menyertai karnival ini kerana mengalami demam yang teruk sebelum bertolak ke Kedah. 


Pelapis Negeri Johor tidak mensasarkan sebarang pingat pada karnival ini kerana kebanyakan peserta merupakan atlet-atlet baru yang dicungkil melalui Program TID Menembak pada tahun 2009. Karnival pada kali ini adalah pendedahan kepada mereka dengan suasana pertandingan yang sebenar.

Pada jam 3.30 petang, kejohanan Menembak pringkat umur bawah 16 tahun diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah. Berikut adalah keputusan rasmi bagi atlet Pelapis Negeri Johor sepanjang Karnival Sukan ini :


Thursday, April 22, 2010

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN MENEMBAK - KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 1/2010, KEDAH

TARIKH : 22 APRIL 2010
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT HOTEL GRAND CRYSTAL, KEDAH


Berdasarkan mesyuarat pengurus pasukan yang telah dijalankan, seramai 85 orang atlet daripada 86 orang atlet telah mengesahkan penyertaan. Ini disebabkan salah seorang atlet Negeri Johor tidak dapat menyertai Karnival ini kerana mengalami demam iaitu Muhammad Izzat Saufi. Hanya pasukan daripada Melaka sahaja yang tidak menghantar pasukan. Sebanyak 2 Kategori yang akan dipertandingkan bagi peringkat umur bawah 16 tahun bagi lelaki dan wanita. Pusingan pertama akan dimulakan pada jam 9.00 pagi di Lapangsasar Pokok Sena, Kedah pada 23hb April 2010.


Selamat Bertanding kepada semua atlet di setiap negeri yang terlibat

Wednesday, April 21, 2010

CIMB RISING STARS NATIONAL JR CIRCUIT - 2ND LEG



TARIKH : 16 - 18 APRIL 2010
TEMPAT : HANG JEBAT SPORTS COMPLEX, MELAKA
PESERTA : 6 ATLET, 1 JSM & SDO

Seramai 5 orang atlet lelaki dan 1 orang atlet wanita telah menyertai Kejohanan 2nd Leg CIMB Rising Stars National Junior Circuit 2010 dan diiringi seorang JSM iaitu Syahrin Siva pada 16hb hingga 18hb April 2010 bertempat di Hang Jebat Sports Complex, Melaka. Sports Complexs ini merupakan venue bagi Sukan Skuasy semasa Temasya Sukan Malaysia XIII. Penginapan atlet-atlet sukan skuasy dari semua negeri ini ditempatkan di MITC Ancasa Hotel, Melaka berdekatan dengan venue pertandingan.


Antara atlet-atlet Johor yang telah menyertai kejohanan tersebut sepertimana berikut :




Sunday, April 18, 2010

PEMANTAUAN PLN SKUASY

TARIKH : 13 APRIL 2010
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN RAYA TUTA, SKUDAI
PESERTA : 20 ATLET, 1 JURULATIH, SDO & IBU BAPA

Satu lawatan pemantauan dijalankan oleh SDO bertujuan untuk melihat sesi latihan atlet dengan lebih dekat serta dapat berbincang bersama jurulatih berkenaan keberkesanan sesi latihan serta penyertaan ke Kejohanan 2nd Leg CIMB Rising Stars yang akan diadakan di Hang Jebat Squash Complex, Melaka pada 16 - 17 April 2010.

Kehadiran atlet amat memuaskan

Seramai 20 orang atlet sedang menjalani latihan pada hari tersebut dibawah kendalian JSM Syahrin Siva semasa lawatan ini diadakan. Namun, dengan kehadiran yang terlalu ramai beliau tidak dapat menumpukan program latihan yang lebih berkesan. Oleh itu, beliau dibantu oleh atlet yang lebih senior untuk mengajar atlet-atlet yang baru dan ingin mula bermain sukan skuasy ini. Jurulatih memaklumkan bahawa MSSJ bagi Sukan Skuasy akan diadakan di Gelanggang Skuasy Sofitel, Senai pada 7 - 9 Mei 2010 akan datang nanti.

Sunday, April 11, 2010

18th SPORT EXCEL - MILO - NSC 2nd LEG PREMIER SQUASH CIRCUIT 2010

TARIKH : 9 - 11 APRIL 2010
TEMPAT : NATIONAL SQUASH CENTER, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
PESERTA : SDO & 1 ATLET

Pada tahun 2010, SRAM dan Sport Excel telah membuat pembaharuan dalam edisi 18 Sport Excel Squash Circuit iaitu menumpukan perhatian kepada pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan ke skuad elit pada masa depan bagi mewakili Sukan Squash Malaysia. Salah seorang atlet Johor telah terpilih dalam kejohanan ini iaitu Sofea Najwa Binti Zakaria yang kini belajar di SMK. Seri Puteri Cyberjaya. Pada 2nd Leg ini, beliau agak kurang menyerlah dan hanya menduduki ranking ke 14. Pada 1st Leg yang lalu, beliau menduduki ranking ke-9 namun tidak dapat menyertainya kerana demam dan ini juga punca penurunan ranking beliau. Tambahan pula, adik Sofea kurang menjalani latihan intensif dan tiada pemantauan kerana tidak mempunyai jurulatih di sekolah beliau. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana beliau mempunyai bakat dalam Sukan Skuasy ini. Walau bagaimanapun, pihak kami akan cuba mencari penyelesaian atas perkara tersebut. Adik Sofea Najwa akan menyertai MSS Selangor mewakili sekolah beliau pada 12hb hingga 15hb April 2010. Semoga berjaya kepada adik Sofea Najwa.

Friday, April 9, 2010

KEJOHANAN MENEMBAK ISSF WORLD CUP BEIJING 2010 DI BEIJING, CHINA

Sejarah Pingat Emas di Temasya Sukan Malaysia Terengganu 2008

Tahniah kepada adik Muhammad Shahril Bin Sahak yang merupakan salah seorang atlet menembak Negeri Johor telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Menembak ISSF World Cup Beijing pada 16hb hingga 25hb April 2010 bertempat di Beijing, China. Beliau akan bertanding dalam acara 50M Air Rifle Prone Men.

Turut serta dalam Kontinjen Malaysia adalah Hasli Izqan Amri Hassan, Nur Suryani Mohd Taibi, Shahera Rahim Raha, Muslifa Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Wahida Ismail, Bibiana Ng Pei Chin, Joseline Lee Yea dan Nur Mashitah Mohd Badrin. Pihak USPTN Johor mendoakan kejayaan beliau serta atlet-atlet lain yang mewakili kontinjen Malaysia dalam kejohanan tersebut.