Sunday, October 2, 2011

PEMANTAUAN PLN PELAYARAN

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : TANJUNG LEMAN, MERSING

Satu pemantauan dibuat oleh SDO pada 29hb September 2011 bersama dengan Pengurus Sukan Pelapis Negeri (Cawangan Pelapis, MSNM) dan KUN Johor (En. Hafiszal Tukemin) bagi Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran bertempat di Tanjung Leman, Mersing (Tunjuk Laut Beach Resort).

Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran ini adalah merupakan penglibatan Damansara Assets Sdn. Bhd. secara tidak langsung  melalui Persatuan Pelayaran Johor dalam pembangunan sukan Perahu Layar ini. Persatuan Pelayaran Johor khasnya telah ditubuhkan atas daya insiatif Damansara Assets Sdn. Bhd. di mana bertujuan untuk melibatkan anak-anak kampung tradisional di sekitar kawasan felda di Tanjung Leman ke dalam sukan pelayaran.

Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran ini telah berpindah dari Tanjung Langsat, Pasir Gudang ke Tanjung Leman pada bulan September 2011 kerana kawasan PLN sebelum ini telah terdedah dengan udara karbon dan tidak sesuai untuk latihan dan membahayakan atlet-atlet sendiri. Oleh itu, pihak Persatuan Pelayaran Johor (PPJ) mengambil langkah keselamatan awal dengan berpindah ke Mersing. Walaubagaimanapun, bangunan penyimpanan peralatan perahu layar masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada akhir Oktober 2011.

Untuk makluman semua, kawasan baru ini amat sesuai untuk sukan perahu layar ini dengan pengudaraan, kekuatan angin dan laut yang sesuai untuk latihan dijalankan pada bila-bila masa. Buat masa ini, atlet-atlet yang masih belajar di Pasir Gudang akan menjalani latihan pada Sabtu dan Ahad. Pengangkutan disediakan oleh pihak PPJ bagi membawa mereka ke Mersing pada setiap hari Jumaat dan menghantar semula pada hari Ahad selepas latihan selesai. Para atlet akan menginap sementara di rumah yang dsediakan oleh pihak PPJ di Tunjuk Laut Beach Resort itu sendiri. Terima kasih diucapkan atas sokongan PPJ dan Damansara Assets Sdn. Bhd.

Peralatan perahu layar Negeri Johor


Stor penyimpanan sementara peralatan. Bangunan ini juga merupakan sebuah dewan.


Bangunan PLN Sukan Perahu Layar sedang dibina

No comments:

Post a Comment