Sunday, April 18, 2010

PEMANTAUAN PLN SKUASY

TARIKH : 13 APRIL 2010
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN RAYA TUTA, SKUDAI
PESERTA : 20 ATLET, 1 JURULATIH, SDO & IBU BAPA

Satu lawatan pemantauan dijalankan oleh SDO bertujuan untuk melihat sesi latihan atlet dengan lebih dekat serta dapat berbincang bersama jurulatih berkenaan keberkesanan sesi latihan serta penyertaan ke Kejohanan 2nd Leg CIMB Rising Stars yang akan diadakan di Hang Jebat Squash Complex, Melaka pada 16 - 17 April 2010.

Kehadiran atlet amat memuaskan

Seramai 20 orang atlet sedang menjalani latihan pada hari tersebut dibawah kendalian JSM Syahrin Siva semasa lawatan ini diadakan. Namun, dengan kehadiran yang terlalu ramai beliau tidak dapat menumpukan program latihan yang lebih berkesan. Oleh itu, beliau dibantu oleh atlet yang lebih senior untuk mengajar atlet-atlet yang baru dan ingin mula bermain sukan skuasy ini. Jurulatih memaklumkan bahawa MSSJ bagi Sukan Skuasy akan diadakan di Gelanggang Skuasy Sofitel, Senai pada 7 - 9 Mei 2010 akan datang nanti.

Bagi penyertaan kejohanan 2nd Leg CIMB Rising Stars di Melaka ini, hanya 5 orang atlet lelaki dan 1 orang atlet wanita yang akan menyertainya. Oleh itu, JSM Syahrin akan mengiringi atlet-atlet tersebut ke kejohanan tersebut. Perbincangan bersama ibu bapa turut diadakan semasa pemantauan di gelanggang skuasy ini. Pada pandangan saya, taklimat bersama ibu bapa perlu diadakan kerana masih terdapat beberapa masalah yang timbul dari segi pemahaman pengurusan sukan skuasy terutama dari segi pengurusan kejohanan serta bantuan peruntukan kewangan. 

Keseluruhan sesi latihan berjalan baik dan lancar walaupun hanya JSM Syahrin yang melatih pada hari tersebut. Manakala disiplin atlet adalah baik serta komitmen yang tinggi diberikan oleh atlet semasa sesi latihan dijalankan. Saya turut berpeluang berlatih dan bermain skuasy bersama-sama para atlet sepanjang sesi latihan.

Perbincangan bersama jurulatih dan atlet semasa pemantau

No comments:

Post a Comment