Sunday, April 25, 2010

KFC - LUMUT OPEN REGATTA 2010

TARIKH : 9HB HINGGA 11HB APRIL 2010
TEMPAT : BASE RMN, LUMUT, PERAK
PESERTA : 10 ATLET, 2 JURULATIH & 1 PENGURUS

Seramai 10 orang atlet, 2 Jurulatih dan 1 Pengurus Pasukan telah menyertai Kejohanan KFC - Lumut Open Regatta 2010 pada 9hb hingga 11hb April 2010 bertempat di Base RMN, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Setiap tahun Malaysian Yatching Association (MYA) menganjurkan 10 kejohanan yang ditaja oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) bagi mengukur prestasi dan kemampuan pelayar untuk bersaing di kejohanan antarabangsa.


Antara kategori yang dipertandingkan adalah Optimist A, B dan C, Laser Full Rig, Standard & Radial, Inter 420, Inter 470, Windsurfing dan BIC Techno berdasarkan jumlah penyertaan yang diterima. Sistem ranking meliputi Optimist, Laser, Inter 420 dan 470 digunakan dalam pemilihan tujuh perlumbaan terbaik untuk kedudukan ranking tahunan. Oleh itu, pihak USPTN Johor berharap agar semua atlet pelapis bagi Sukan Pelayaran dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi ranking di setiap kejohanan yang disertai.




Walau bagaimanapun, pada kejohanan kali ini, atlet-atlet agak kurang menyerlah dan hanya adik Nurshazrin Binti Abdul Latiff memperoleh pingat Perak dalam acara Optimist Division B. Saya berharap agar jurulatih memberi penekanan yang tegas terhadap perkara ini kerana Temasya Sukan Malaysia XIII, Melaka sudah semakin hampir dan Sukan Pelayaran Negeri Johor perlu membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi temasya tersebut agar memperoleh kecemerlangan yang membanggakan.

KEPUTUSAN RASMI

Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang penyertaan ke kejohanan tersebut.




No comments:

Post a Comment