Wednesday, March 10, 2010

MESYUARAT PERBINCANGAN KONTINJEN SUKMA JOHOR 2010 SUKAN MENEMBAK

TARIKH : 12 FEBRUARI 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR
PESERTA : YB SHAMSUL, PENGARAH MSNJ, USPTN JOHOR, SUKMA JOHOR, ISN LARKIN, JURULATIH & ATLET MENEMBAK

Satu mesyuarat / perbincangan SUKMA Johor 2010 diadakan di Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor dengan kehadiran YB bersama Pengarah MSNJ serta KUN USPTN Johor, SDO, Sekretariat SUKMA Johor, KU ISN Larkin, para jurulatih dan atlet menembak. Pelbagai perkara telah dibincangkan terutama sekali berkenaan prestasi dan persediaan atlet untuk SUKMA MELAKA pada tahun ini, baik pulih lapangsasar, kerosakan senjata api dan kontrak JPM iaitu Subari Ariffin. Pengarah MSNJ turut mengambil kesempatan ini untuk sesi suai kenal atlet-atlet menembak, melihat program latihan yang dijalankan serta melihat kelengkapan senjata api yang akan digunakan pada SUKMA MELAKA nanti.

Perjumpaan bersama atlet-atlet menembak Negeri Johor


Program latihan yang dijalankan

Di samping itu, En. Subari turut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan sesi penyampaian hadiah kepada atlet-atlet yang memenangi pingat pada Kejohanan Terbuka Selangor / Sport Excel 1st Junior Shooting Championships 2010 pada 4- 7 Februari 2010 bertempat di Subang, Selangor. Pingat-pingat tersebut disampaikan oleh YB dengan iringan Pengarah MSNJ. Ucapan tahniah kepada semua atlet menembak Johor yang telah berjaya pada kejohanan tersebut.

Sesi penyampaian pingat kemenangan kepada para atlet yang berjaya oleh YB

No comments:

Post a Comment