Monday, June 1, 2009

Pusat Latihan Sukan Menembak




Pusat Latihan Negeri Sukan Menembak terletakadi Lapangsasar Persatuan Menembak Johor, Batu Pahat, Johor yang mula beroperasi pada bulan Julai 2000 dibawah seliaan 3 orang Jurulatih dengan penglibatan hampir 35 orang atlet dari beberapa buah sekolah sekitar Daerah Batu Pahat. Pusat ini memberi tumpuan latihan kepada acara asas air pistol dan air rifle.

Sehubungan itu, Sukan Menembak Negeri Johor juga telah mencapai beberapa siri kejayaan yang membanggakan sama ada diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dengan melahirkan beberapa orang penembak yang berbakat dan kompetitif seperti Ridhuan Mohamed, Mohd Shahril Sahak, Fatin Azreen dan Erene Chew, atlet muda semakin meningkat. Tambahan pula, kini Fatin telah menyertai skuad Pelapis Kebangsaan dan mengikuti latihan secara sepenuh masa di Bukit Jalil, MSNM.

Sukan Menembak Negeri Johor ini telah mendapat sokongan penuh dari Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Menembak Johor kerana telah berjaya memartabatkan sukan ini sehingga taraf antarabangsa melalui penyertaan atlet, pencapaian atlet yang memberangsangkan dan kejayaan penganjuran kejohanan. Semoga kejayaan ini sedikit sebanyak memberi perangsang kepada Jurulatih dan Atlet Sukan Menembak Negeri Johor bagi mengekalkan kejayaan ini.

Semoga Berjaya kepada mereka.






No comments:

Post a Comment