Tuesday, June 2, 2009

KFC-Langkawi International Geopark Regatta 2009

Pasukan Perahu Layar Johor mencapai kejayaan cemerlang apabila meraih 5 pingat iaitu 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di KFC-Langkawi International Geopark Regatta 2009 yang telah diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah pada 14hb - 18hb Januari 2009.

2 Emas diraih Pasukan Johor melalui Adik Mohd Firdaus Othman dalam kategori Optimist Division C (Bawah 10 Tahun) dan Adik Malone Pun Chao Jie dalam kategori Optimist Division B (Bawah 12 Tahun).

2 pingat Perak pula diraih oleh Adik mohamad Amirul Syafiq Jais dalam kategori Laser 4.7 (Lelaki) dan Adik Nurshazrin Bte Mohamad Latif dalam kategori Optimist Division B manakala pingat Gangsa pula disumbang oleh Adik Ummah Amirah Jamit menerusi acara Laser Radial (Wanita).

Pengurus Pasukan Johor, Encik Nordin Harun ketika ditemui menyatakan bahawa Pasukan Johor telah menunjukkan aksi yang cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama pasukan Johor memenangi pingat Emas melalui kategori Optimist Division C (Lelaki).

''Persatuan Pelayaran Johor mengharapkan agar semua Atlit Perahu Layar Johor serta Jurulatih-jurulatih Pasukan Johor akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.'' katanya.

BERITA OLEH: MOHD YUSOF B IBRAHIM

No comments:

Post a Comment