Thursday, March 31, 2011

Ujian Kecergasan Sukan Pelayaran Bersama ISN, Pusat Satelit Larkin, Johor

Tarikh : 27 Mac 2011
Tempat : Stadium Larkin, Johor Bahru
Kehadiran : 20 orang atlet & 1 JPM (En. Abd. Aziz)

Ujian kecergasan telah diadakan oleh pihak ISN Pusat Satelit Larkin bagi Sukan Pelayaran pada 27 Mac 2011 bertempat di Stadium Larkin pada jam 10.00 pagi. Pengangkutan bas MSNJ dari PLN Tanjung Langsat, Pasir Gudang disediakan bag mengambil kesemua atlet di bawah Program Pelapis Johor. Seramai 20 orang atlet telah menghadirkan diri bagi menjalani ujian tersebut dan dibawah pemantauan Cik Norasikin dan 1 orang JPM iaitu En. Abd. Aziz. Semua atlet Sukan Pelayaran ini terdiri daripada atlet-atlet senior dan juga atlet baru yang ingin diketengahkan oleh jurulatih.

Ujian Kecergasan dilakukan bagi menilai prestasi kecergasan dan ketahanan fizikal setiap atlet Sukan Pelayaran dibawah program Pelapis Negeri Johor. Segala ujian yang diadakan adalah dibawah pemantauan dan kerjasama oleh 5 orang pegawai ISN Pusat Satelit Larkin iaitu :

1. En. Mohd Nawawi
2. En. Mohd Najib
3. En. Azlan
4. Puan Nurul Azura
5. Puan Nor Rafida

Antara ujian yang dijalankan adalah sepertimana berikut :
1. Pecut 40 Meter - 2 trial
2. Sit up
3. Push Up
4. Sit and Reach
5. Standing Jump
6. Surgan Jump
7. Shuttle Run / Beep Test


 Atlet baru yang mula berlatih bawah PLN Johor



Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak ISN dan atlet serta jurulatih Sukan Pelayaran dalam meningkatkan prestasi atlet Pelapis Negeri Johor dalam pembangunan Sukan Pelayaran Negeri Johor. 

No comments:

Post a Comment