Monday, May 17, 2010

PEMANTAUAN PPN - SUKAN MENEMBAK

TARIKH : 13HB MEI 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR
PESERTA : PPN, 2 PEGAWAI ISN, 15 ATLET & 3 JURULATIH


Pemantauan secara berkala dilakukan bagi meninjau sesi latihan serta program yang dijalankan oleh jurulatih bagi persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia 2010 di Melaka. Perjumpaan bersama atlet dan perbincangan bersama jurulatih diadakan bagi memastikan tiada masalah dan kekangan yang dihadapi.  

Latihan

Kehadiran atlet amatlah memuaskan dan hanya terdapat segelintir atlet yang hadir lewat jam 6.00 petang berikutan aktiviti di sekolah dan menghadiri tusyen. Semasa pemantauan dijalankan, hanya tinggal 4 orang atlet yang masih menjalani latihan iaitu adik Nurheidiyatun, Nik Ai'mullah, Mohd Muhly dan Ong Zheng Shen. Pada kali ini, kebanyakan atlet menjalani latihan simulator bagi atlet pistol dan air rifle. Semasa kehadiran saya, hanya adik Mohd Muhly yang menjalani latihan menggunakan pellets / peluru sepanjang sesi latihan air rifle. Manakala, atlet-atlet lain sudah selesai menjalani latihan dan bersedia untuk sesi pengenalan bersama pegawai-pegawai ISN iaitu Cik Risnainy dan Cik Azura.


Persekitaran Latihan

Kemudahan dan kelengkapan peralatan baru telah diterima. Ini membolehkan atlet dapat menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut dan menjalani latihan dengan selesa. Manakala, kerosakan siling di ruang 10M yang lalu telah dibaiki, namun ruang tersebut perlu dibaiki secara keseluruhan kerana beberapa kawasan telah menunjukkan kesan akan berlaku kerosakan yang sama. Jurulatih turut memaklumkan bahawa kerosakan senjata masih dialami terutama kepada senjata api jenis air rifle. Perkara ini telah dilihat saya sendiri sewaktu jurulatih Mr. Nikolaev Victor memperbaiki kerosakan senjata milik Mohd Shahril Sahak.


Program Bersama ISN

2 orang pegawai ISN iaitu Cik Risnainy (Pegawai Pemakanan) dan Cik Azura (Pegawai Psikologi) telah turut mengikuti PPN dalam sesi pemantauan pada kali ini. Cik Risnainy telah membekalkan atlet-atlet Sukan Menembak dengan supplements dan memberi penerangan berkenaan pemakanan yang seimbang bagi Sukan Menembak. Manakala, Cik Azura telah menjalankan beberapa sesi psikologi bagi atlet-atlet tersebut sebagai motivasi diri. Saya berharap agar sesi bersama pihak ISN akan terus berlanjutan demi meningkatkan mutu Sukan Menembak Negeri Johor.


Cadangan

Jurulatih mencadangkan agar menjalani latihan Pra Sukma seminggu awal di Melaka bagi persediaan atlet ke Temasya Sukan Malaysia XIII, Melaka. Ini membolehkan para atlet menyesuaikan suasana dan keadaan pertandingan terlebih dahulu. Perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak Sekretariat SUKMA Johor 2010.

Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Laporan disediakan oleh Norasikin Ebrahim

No comments:

Post a Comment