Tuesday, November 24, 2009

Ujian Kecergasan Bersama ISN, Pusat Satelit Larkin, Johor

Tarikh : 24hb November 2009
Tempat : Pusat Latihan Negeri Johor Sukan Pelayaran
Penglibatan : 30 orang atlet bersama SDO dan 5 orang pegawai ISN Larkin
Ketua Penguji : Muhammad Ridzwan Zakaria (pegawai Fisiologi Senam)



Pusat Latihan Negeri Johor bagi Sukan Pelayaran telah secara rasmi menggunakan khidmat ISN Pusat Satelit Larkin. Beberapa program seperti pemakanan dan psikologi telah dijalankan oleh pihak ISN sebelum ini terhadap atlet-atlet Sukan Pelayaran bagi persiapan menghadapi SUKMA 2010 yang akan datang ini. Pada 24hb November 2009, satu ujian kecergasan dijalankan bagi menguji tahap kecergasan atlet-atlet tersebut. Secara keseluruhan, atlet-atlet tersebut berada dalam keadaan fitness level yang boleh dibanggakan. Pihak USPTN Johor berharap agar prestasi ini dapat dikekalkan oleh semua atlet. Ujian kecergasan dan program-program akan dijalankan dari masa ke semasa dengan bantuan dari pihak ISN Johor untuk meningkatkan lagi prestasi atlet. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak ISN Pusat Satelit Larkin, Johor.


Sesi penerangan dari pegawai-pegawai ISN dari segi ujian kecergasan, pemakanan dan psikologi.

Beberapa ujian dijalankan oleh pihak ISN

Beep test - Jurulatih turut menyertai atlet

Sit Up dan Push Up

Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat.

No comments:

Post a Comment