Sunday, November 1, 2009

Kejohanan Perahu Layar Terbuka KFC - 11th Tunku Laxamana 2009

Pasukan Perahu Layar Negeri Johor telah berjaya membawa pulang 2 pingat iaitu 1 Perak dan 1 Gangsa dalam Kejohanan Perahu Layar Terbuka Antarabangsa KFC - 11th Tunku Laxamana 2009 yang telah diadakan di Kompleks Sri Bagan Pinang, Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan yang lalu.

Menurut En. Nordin (pengurus pasukan), kedua-dua pingat ini telah diraih oleh pelayar Johor, iaitu adik Nurshazrin Binti Mohd Latif yang telah memenangi tempat kedua dalam kategori Optimist Terbuka Division B dan Gangsa bagi kategori Optimist Terbuka Perempuan dengan 29 mata dari keseluruhan 6 perlumbaan yang telah dijalankan. En. Nordin turut mengatakan bahawa beliau mensasarkan 1 Emas dan 1 Perak, namun nasib kurang menyebelahi pelayar-pelayar Johor apabila mereka kurang menyerlah di kejohanan ini. Walau bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kejayaan dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pelayar. Semoga atlet-atlet ini akan lebih bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih di kejohanan yang akan datang.

Sekian dan tahniah di ucapkan kepada jurulatih dan atlet-atlet pelayaran.


 

No comments:

Post a Comment