Sunday, May 24, 2009

Karnival Pelapis Negeri Pulau Pinang 01/09

Tarikh : 7hb hingga 10hb Mei 2009
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Karnival Pelapis Negeri Siri 1/09 telah diadakan di Pulau Pinang yang melibatkan 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Akuatik - Terjun, Gimrama, Gimnastik, Memanah, Menembak, Olahraga dan Tinju. Walau bagaimanapun, Sukan Olahraga tidak dapat menyertai kejohanan ini kerana terlibat dengan MSSM di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, seramai 2 orang jurulatih & 8 orang atlet Menembak Negeri Johor telah menyertai karnival ini. Keputusan amatlah membanggakan bagi atlet peringkat umur bawah 16 tahun ini terutama kepada acara berpasukan air pistol kerana memperoleh emas. Atlet Menembak Pelapis Negeri Johor telah meraih 1 emas, 1 Perak dan 2 Gangsa di karnival ini, Tahniah.
 
Suasana Kelab Menembak

 
Aksi Atlet Menembak Johor Seharian di Lapang Sasar
 
Atlet Tunggal Wanita Yang Semakin Menyerlah

No comments:

Post a Comment