Sunday, April 24, 2011

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SPESIFIK SKUASY

Tarikh : 17 April 2011
Tempat : Dewan Terbuka ASZS, Larkin
Kehadiran : 73 orang pelajar, guru-guru pengiring, KUN, SDO & Pegawai ISN Larkin / KL


Pada 17 April 2011, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dibawah Program Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan satu Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Skuasy bagi pelajar-pelajar yang berumur 6 - 12 tahun untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri Johor bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada jam 8.00 pagi.

Sehubungan itu, sebanyak 11 buah sekolah dan 73 orang pelajar telah dipilih untuk menghadiri program ini dan pelajar-pelajar perlu menjalani beberapa ujian-ujian bateri yang akan dilaksanakan oleh pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, Institut Sukan Negara Malaysia. Antara ujian-ujian bateri tersebut adalah :-

1. Sit & Reach
2. Sit up & Push Up
3. Vertical Jump
4. Standing Broad Jump
5. Spider Agility Test
6. Catch Eye Test
7. Beep Test

Satu pengalaman yang amat bermakna kepada saya kerana buat pertama kalinya program TID bagi sukan skuasy diadakan. Tambahan pula, jenis-jenis ujian yang dijalankan oleh pihak ISN KL adalah sesuatu yang baru bagi saya seperti Spider Agility Test untuk ujian agility dalam sukan skuasy dan Catch Eye Test bagi ujian coordination tangan dan mata. Manakala, pelajar-pelajar juga telah menunjukkan minat yang mendalam dalam sukan skuasy apabila segala ujian-ujian yang dikenakan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar-pelajar tersebut. Saya berharap agar program latihan akan dapat dijalankan sebaik mungkin selepas nama-nama peserta yang lulus dan berjaya dimaklumkan ke pihak USPTN Johor. 







Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KUN USPTN Johor, pihak ISN KL & ISN Pusat Satelit Larkin, guru-guru pengiring dan ibu bapa yang sudi hadir membantu bagi menjayakan program ini. 

No comments:

Post a Comment