Sunday, January 31, 2010

KFC - NSC - LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2010

Pasukan Perahu Layar Negeri Johor berjaya meraih 1 Perak dan 3 Gangsa pada Kejohanan KFC - NSC - Langkawi International Regatta Perdana 2010 yang telah diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah pada 26hb hingga 31hb Januari 2010 baru-baru ini.

Pingat Perak diraih oleh adik Naquib Eiman Bin Shahrin dalam kategori Optimist Division C, manakala pingat Gangsa pula melalui adik Nurshazrin Bin Mohd Latif dalam kategori Optimist Division B, adik Hakim Bin Waqiman Samin dalam kategori Laser 4.7 dan adik Ana Mustika Saaya dan Linda menerusi kategori Laser 420.

Adik Naquib Eiman (berbaju kuning) memenangi Perak Optimist Div C

Walaupun tiada pingat Emas diperoleh pada kejohanan kali ini, namun atlet-atlet ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan cuba untuk bersaing dengan atlet-atlet diperingkat kebangsaan. Pihak USPTN Johor berharap agar semua atlet-atlet Perahu Layar Negeri Johor serta jurulatih-jurulatih akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang terutama sekali SUKMA Melaka yang akan diadakan pada bulan Jun 2010 ini.

Di sini juga, pihak USPTN Johor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pemakanan dari  ISN Larkin iaitu pegawai Cik Risnainy Binti Mat Zain yang telah banyak membantu atlet sepanjang kejohanan dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih turut diberikan kepada Pihak Persatuan Pelayaran Johor yang sudi hadir dan sedikit sebanyak telah memberi dorongan kepada atlet-atlet ini agar lebih semangat beraksi.

Perbincangan antara jurulatih dan atlet sebelum memulakan pertandingan

Persediaan bot-bot sebelum turun ke laut


Atlet-atlet bersedia untuk memulakan pertandingan

Semoga berjaya atlet-atlet yang bertanding

No comments:

Post a Comment