Monday, August 3, 2009

Shahril Raih Emas 50M Rifle Prone


MUHAMAD Shahril Sahak sekali lagi membuat kejutan apabila meraih pingat emas dalam acara 50 meter raifal prone di Mini Olimpik Malaysia 2009 di Lapang Sasar Subang, semalam.

Penembak remaja dari Batu Pahat itu mengetepikan cabaran penembak handalan negara - antaranya Azlan Johari dan Mohd Hameleay Abd Mutalib apabila mencatat 586 mata pada peringkat saringan dan mengumpul 689.4 mata pada saingan akhir.

Ini adalah emas kedua bagi penuntut Sekolah Menengah Batu Pahat itu selepas melakar kejutan dalam saingan raifal angin 10m dengan catatan 581 (681.5 mata) pada hari pertama kejohanan, kelmarin.

Bagaimanapun catatan dalam kedua-dua cara ini gagal melayakkan dirinya beraksi ke Sukan Sea Loas 2009 Disember nanti. Mata kelayakan diperlukan untuk acara 50m raifal prone ialah 588 mata sementara 10 meter raifal angin, 590 mata.

"Saya gembira kerana berjaya meraih dua emas dalam dalam Mini Olimpik ini tapi kecewa kerana tidak layak bersaing di Sukan Sea yang menjadi matlamat utama dalam kejohanan ini," kata Shahril yang mendapat bimbingan bekas penembak ATM, Subari Ariffin.

Pingat perak acara 50m raifal prone ini dimenangi Mohd Norahimin Abd Halim dari Pahang yang mengumpul 586 (688.4 mata), sementara gangsa di raih Mohd Hadafi Jaafar dari PDRM, 589 (687.7 mata).

Resources by :

Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my


No comments:

Post a Comment