Sunday, October 2, 2011

PEMANTAUAN PLN PELAYARAN

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : TANJUNG LEMAN, MERSING

Satu pemantauan dibuat oleh SDO pada 29hb September 2011 bersama dengan Pengurus Sukan Pelapis Negeri (Cawangan Pelapis, MSNM) dan KUN Johor (En. Hafiszal Tukemin) bagi Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran bertempat di Tanjung Leman, Mersing (Tunjuk Laut Beach Resort).

Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran ini adalah merupakan penglibatan Damansara Assets Sdn. Bhd. secara tidak langsung  melalui Persatuan Pelayaran Johor dalam pembangunan sukan Perahu Layar ini. Persatuan Pelayaran Johor khasnya telah ditubuhkan atas daya insiatif Damansara Assets Sdn. Bhd. di mana bertujuan untuk melibatkan anak-anak kampung tradisional di sekitar kawasan felda di Tanjung Leman ke dalam sukan pelayaran.

Pusat Latihan Negeri Sukan Pelayaran ini telah berpindah dari Tanjung Langsat, Pasir Gudang ke Tanjung Leman pada bulan September 2011 kerana kawasan PLN sebelum ini telah terdedah dengan udara karbon dan tidak sesuai untuk latihan dan membahayakan atlet-atlet sendiri. Oleh itu, pihak Persatuan Pelayaran Johor (PPJ) mengambil langkah keselamatan awal dengan berpindah ke Mersing. Walaubagaimanapun, bangunan penyimpanan peralatan perahu layar masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada akhir Oktober 2011.

Untuk makluman semua, kawasan baru ini amat sesuai untuk sukan perahu layar ini dengan pengudaraan, kekuatan angin dan laut yang sesuai untuk latihan dijalankan pada bila-bila masa. Buat masa ini, atlet-atlet yang masih belajar di Pasir Gudang akan menjalani latihan pada Sabtu dan Ahad. Pengangkutan disediakan oleh pihak PPJ bagi membawa mereka ke Mersing pada setiap hari Jumaat dan menghantar semula pada hari Ahad selepas latihan selesai. Para atlet akan menginap sementara di rumah yang dsediakan oleh pihak PPJ di Tunjuk Laut Beach Resort itu sendiri. Terima kasih diucapkan atas sokongan PPJ dan Damansara Assets Sdn. Bhd.

Peralatan perahu layar Negeri Johor


Stor penyimpanan sementara peralatan. Bangunan ini juga merupakan sebuah dewan.


Bangunan PLN Sukan Perahu Layar sedang dibina

Saturday, October 1, 2011

ATLET MENEMBAK & GOLF DINOBATKAN OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI ASJ 2010


ANUGERAH SUKAN JOHOR 2010

TARIKH : 27 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : THE ZONE REGENCY, STULANG

Anugerah Sukan Johor 2011 diadakan pada 27 September 2011 bertempat di The Zone Regency, Stulang dan dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, YB Exco Belia & Sukan Negeri Johor, serta para-para VVIP dari jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. 

Tujuan anugerah ini dianjurkan adalah sebagai pengiktirafan kepada para penjuang sukan yang terdiri daripada para atlet, para jurulatih, pegawai mahupun penggerak sukan yang banyak berjasa dan berkorban demi mencipta kegemilangan di arena sukan serta memartabatkan nama Negeri Johor di persada negara dan antarabangsa.


Sesi pendaftaran calon-calon

dari kiri : Olahragawan 2011 - Muhammad Shahril Bin Sahak (Menembak)
& Calon Olahragawan 2011 - Eddy Chew (Menembak)

Saturday, July 9, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRKIT 2/2011, JOHOR


Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Menembak Negeri Johor telah menganjurkan  Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 2/2011 pada 6 - 9 Julai 2011 bertempat di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor. Kejohanan ini merupakan medan untuk menilai prestasi atlet-atlet bawah 16 tahun dalam Program Pelapis Negeri, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia.

Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai 113 orang atlet dari 11 buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 2 acara yang dipertandingkan bagi kategori Lelaki dan Wanita iaitu :-

1. Acara 10m Air Rifle - Lelaki & Wanita
2. Acara 10m Air Pistol - Lelaki & Wanita

Majlis penyampaian hadiah dan pingat kemenangan disempurnakan dengan kehadiran Presiden Persatuan Menembak Johor iaitu Dato' Kher Pok Sun serta Puan Nik Mardyiya Mansoor (Bahagian Pengurusan Acara MSNM), Puan Nur Ehsan Hassan (Cawangan Pelapis MSNM), Encik Hafiszal Tukemin (Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor), semua jurulatih dan atlet-atlet.

.Sesi bergambar bersama Presiden Persatuan Menembak Johor

Pada kejohanan kali ini, trofi Penembak Terbaik Lelaki dimiliki oleh adik Zul Haziq Bin Rosli (Wilayah Persekutuan) manakala Penembak Terbaik Wanita dimiliki oleh adik Aida Natasya Binti Rasip (Melaka). Kedua-dua penembak ini merupakan dari acara Air Rifle 



Keputusan kejohanan adalah sepertimana berikut :-

10m Air Rifle Wanita (Individu)
1. Aida Natasya Binti Rasip            (Melaka)       - 383 + 99.5
2. Nur Syahirah Binti Zulkifle         (Selangor)     - 380 + 97.8
3. Nor Fadhillah Binti Ahmad Kamal (Pahang)      - 377 + 99.6

10m Air Rifle Wanita (Berpasukan)
1. Pahang           - 1128
2. Pulau Pinang   - 1125
3. Selangor         - 1108

10m Air Rifle Lelaki (Individu)
1. Zul Haziq Bin Rosli                        (WPKL)           - 579 + 98.3
2. Nur Muhammad Izham Bin M. Azwi (Terengganu)     - 570 + 98.9
3. Muhammad Furqan Bin Jaslan       (Johor)             - 566 + 98.1

10m Air Rifle Lelaki (Berpasukan)
1. Terengganu          - 1663
2. WPKL                 - 1661
3. Pulau Pinang        - 1652

10m Air Pistol Wanita (Individu)
1. Nur Zunaira Binti Zakaria        (Selangor)       - 367 + 94.5
2. Judith Sharon Jimmy              (Sabah)          - 356 + 95.5
3. Najaa Syairah Binti Mahyuddin (Selangor)      - 354 + 92.6

10m Air Pistol Wanita (Berpasukan)
1. Selangor                   - 1074
2. Sabah                      - 1035
3. Negeri Sembilan        - 998

10m Air Pistol Lelaki (Individu)
1. Eddy Chew                                   (Johor)          - 556 + 96.3
2. Rishipal Singh Dhanoa                  (Selangor)      - 543 + 95.6
3. Raja Ahmad Firdaus Bin Raja Mohd (Terengganu)   - 539 + 96.3

10m Air Pistol Lelaki (Berpasukan)
1. Selangor         - 1588
2. Terengganu     - 1578
3. Johor             - 1573




USPTN Johor bersama Atlet-atlet Pelapis Sukan Menembak Johor

Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri terutama kepada jurulatih dan atlet-atlet menembak Negeri Johor dalam menjayakan kejohanan tersebut. Sekian, terima kasih.

Thursday, July 7, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRKIT 2/2011, JOHOR

TARIKH : 6 - 9 JULAI 2011
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR

7 JULAI 2011
Satu mesyuarat pasukan diadakan pada 7hb Julai 2011 jam 9.35 pagi yang dipengerusikan oleh Encik Hafiszal Tukemin (Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor). Mesyuarat ini diadakan bagi mengesahkan penyertaan pasukan dan juga membincangkan isu-isu berkaitan dengan kejohanan ini. Makluman dari pihak teknikal, pertandingan akan dijalankan 2 detail kerana hanya mempunyai 22 bay manakala 2 bay lagi mengalami kerosakan.


Penyertaan Pasukan


2.00 Petang
Pertandingan 10m Air Rifle Wanita telah dijalankan pada hari ini dengan lancar yang melibatkan 26 orang atlet wanita. Keputusan adalah sepertimana berikut :

1. Aida Natasya Binti Rasip            (Melaka)       - 383 + 99.5
2. Nur Syahirah Binti Zulkifle         (Selangor)     - 380 + 97.8
3. Nor Fadhillah Binti Ahmad Kamal (Pahang)      - 377 + 99.6

Bagi acara 10m Air Rifle Wanita Berpasukan :-

1. Pahang           - 1128
2. Pulau Pinang   - 1125
3. Selangor         - 1108

Manakala, pertandingan bagi acara 10m Air Pistol Lelaki dan 10m Air Rifle Lelaki akan diadakan pada 8 Julai 2011 dan 9 Julai 2011 akan dipertandingkan acara 10m Air Pistol Wanita.

Sekian, untuk makluman semua. Terima kasih.

Monday, May 2, 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

TARIKH : 28 APRIL - 1 MEI 2011
TEMPAT : STADIUM KLUANG, JOHOR


Pada 28 April hingga 1 Mei 2011 telah berlangsung satu Pertandingan Futsal Peringkat Negeri Johor 2011 yang telah diadakan Stadium Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Johor anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. 2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita manakala dalam setiap pasukan yang sertai pertandingan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan iaitu mempunyai peserta bawah 21 tahun bagi kedua-dua kategori tersebut. 

Buat pertama kalinya, Pasukan Futsal Wanita Sukma Negeri Johor telah menyertai pertandingan ini sebagai pendedahan awal kepada mereka dengan suasana pertandingan sebenar. Kebanyakan atlet-atlet SUKMA Negeri Johor ini dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, manakala atlet termuda adalah berumur 16 tahun. Pihak saya amat berbangga kerana mereka telah menjadi JOHAN selepas mengalahkan pasukan SAJ dengan 1-0. Atlet-atlet ini telah menunjukkan prestasi yang baik dan daya saing yang tinggi sepanjang perlawanan bersama pasukan-pasukan lain. Saya berharap agar mereka akan menimba pengalaman dan menjadikan pertandingan ini satu titik permulaan bagi agar lebih berani dan yakin menghadapi SUKMA 2011 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur nanti.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Futsal Wanita SUKMA Negeri Johor 2011 dibawah seliaan Jurulatih En. Sattar dan En. Idham yang banyak membantu dalam pembentukkan pasukan ini. Terima kasih diucapkan.

Monday, April 25, 2011

BULETIN USPTN JOHOR 2011 - JAN - MAC


BULETIN USPTN JOHOR JAN - MAC 2011 :: download