Ucapan & Ingatan Tulus Ikhlas Dari Saya
This blog created for all sports fan. It also to tell all sports fan about sport in Johor State. Please give some support and comments are always welcome.
Sunday, September 5, 2010
Monday, August 16, 2010
KEJOHANAN KFC - PUTRAJAYA SAILING WEEK 2010
TARIKH : 9 - 11 JULAI 2010
TEMPAT : PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR
PESERTA : 1 PENGURUS, 2 JURULATIH & 7 ATLET
Seramai 7 orang atlet Pelayaran Negeri Johor telah menyertai kejohanan tersebut termasuk 7dan telah meraih 1 pingat emas dan 1 pingat perak sepanjang kejohanan berlangsung. Kebanyakan atlet tidak menyertai kejohanan ini kerana ramai yang terlibat dengan peperiksaan percubaa. Oleh itu, pihak USPTN Johor berharap atlet-atlet ini akan tetap menumpukan perhatian kepada pelajaran selain sukan.
Keputusan rasmi sepertimana berikut :-
Sekian, terima kasih.
Labels:
PELAYARAN
Friday, July 23, 2010
BULETIN USPTN JOHOR APRIL - JUN 2010
Sila klik di link http://docs.google.com/fileview?id=0B_wgAypTCRpzZjg4N2VhODAtZGZhZS00ZGIxLWI0ZTgtNDM4Njc0NDFkMDFh&authkey=CLPuw-MN&hl=en untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Labels:
USPTN JOHOR
Sunday, July 11, 2010
KEJOHANAN MENEMBAK ISSF WORLD CHAMPIONSHIPS MUNICH 2010
Tahniah kepada adik Muhammad Shahril bin Sahak dan adikLoh Wen Jhuin kerana terpilih mewakili negara di Kejohanan Menembak ISSF World Championships di Munich pada 29hb Julai hingga 11hb Ogos 2010. Mereka akan mengambil bahagian di dalam acara sepertimana berikut: -
Muhammad Shahril bin Sahak
1. 10M Air Rifle Men Junior
2. 50M Rigle Prone Junior
3. 50M Rifle 3 Positions Junior
Low Wen Jhuin
1. 10M Air Pistol Men Junior
2. 50M Pistol Men Junior
Labels:
MENEMBAK
Monday, June 21, 2010
JOHOR THE KINGPINS OF ATHLETICS AT SUKAN MALAYSIA XIII
4x400M Wanita Akhir Pasukan dari Terengganu | 4x400M Wanita Akhir |
PAYA RUMPUT (18 June 2010) - Southerners Johor emerged as the kingpins of athletics at the Sukan Malaysaia XIII Melaka 2010 when they romped to a hefty nine gold medals following the end of the programme last night at the Hang Jebat Stadium. Not even the late surge from Terengganu when they grabbed both gold medals in the men and women’s 4x400m relay and also the men’s 4x100m relay late last night could dislodge Johor from finishing at the top of the athletics standings. | |
4x400M Lelaki Akhir | 4x400M Lelaki Akhir |
Johor showed their pedigree in the sport by winning nine gold medals, four silver and three bronzes as Terengganu had to settle for the second spot with six gold medals, four silver and six bronzes. Third was hosts Melaka, who also picked up six gold medals, two silver medals and one bronze. While Terengganu dominate most of the track event, Johor were dominant in the field with five gold medals - not including decathlon which was won by Muhd Fahmi Maselan. Johor won gold in the men and women’s pole vault (Rafiudin Che Omar and Farrah Wahidah), men’s high jump (Nauraj Singh), women’s shot putt (Rahila Othman) and javelin (Muhd Bakri Hamid). The remainder of their three gold medals were from men’s 1,500m (S. Mathialagan), women’s 400m (Nurul Asikin), men’s 800m (S. Mathialagan). | |
200M Men Final | 3000M Lari Berhalangan |
Terengganu on the other hand, were playing catch-up all through the four-day period with some gallant performances to keep off the chase from Melaka. And in the end, they emerged as the second best team in athletics winning the majority of the relay events - the men’s 4x400m, women’s 4x400m, the men’s 4x100m, men’s 400m hurdles, women’s triple jump and also men’s shot putt. The blue riband short distance produced the new starlet in Melaka’s Nurul Sarah when she totally dominated from start to finish - winning both gold medals in the women’s 100m and also the 200m. In the men’s 100m, FT’s Syed Aliff crossed the tape first with a time of 10.71sec as Melaka’s Schzuan Ahmad made up for his fourth place finish in this event to take gold in the men’s 200m instead. But while Pulau Pinang had to be content with the fifth spot overall in athletics with five gold medals, they at least had the satisfaction of writing new the national record in 3,000m steeplechase. Melinda Kaur rewrote her old time of 11:04:14 with the new time of 10:55:31. | |
Laporan Oleh Berita Sukan Malaysia (SUKMA) XIII, Melaka 2010
Labels:
SUKMA XIII 2010
Friday, June 18, 2010
ARISHA BUKTI STATUS BUKAN HALANGAN APABILA CIPTA 2 REKOD KEBANGSAAN 75KG
DUA wanita perkasa mengharumkan nama Johor dalam sukan angkat berat semalam, apabila memecah empat rekod kebangsaan dengan pemenang pingat emas acara 75 kilogram, Arisha Farra Erwin (gambar) membuktikan status selaku isteri dan ibu kepada dua orang anak bukan halangan mencipta gemilang di Sukan Malaysia XIII.
Arisha, berasal dari Miri, Sarawak, kini wakili Johor menuai emas pertama melalui angkatan 85kg sekaligus membaiki rekod peribadi miliknya, 81kg, dicipta pada Mini Olimpik, Ogos tahun lalu.
Dia kemudian mengulangi kegemilangan itu apabila merekodkan 102kg dalam clean & jerk bagi memadam rekod lama miliknya, 100kg, dilakukan di Pulau Pinang, Mei tahun lalu.
“Komitmen tinggi dalam rumah tangga dan sebagai ibu tidak menghalang saya untuk lebih agresif dalam sukan ini," kata Arisha, yang berharap dapat membutirkan kilauan pingat di Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober ini.
“Saya mula menyertai sukan itu sejak anak (sulung) saya berusia setahun dan suami (bekas atlit bina badan Angkatan Tentera Malaysia) mendorong saya untuk serius dalam sukan ini."
Arisha, berasal dari Miri, Sarawak, kini wakili Johor menuai emas pertama melalui angkatan 85kg sekaligus membaiki rekod peribadi miliknya, 81kg, dicipta pada Mini Olimpik, Ogos tahun lalu.
Dia kemudian mengulangi kegemilangan itu apabila merekodkan 102kg dalam clean & jerk bagi memadam rekod lama miliknya, 100kg, dilakukan di Pulau Pinang, Mei tahun lalu.
“Komitmen tinggi dalam rumah tangga dan sebagai ibu tidak menghalang saya untuk lebih agresif dalam sukan ini," kata Arisha, yang berharap dapat membutirkan kilauan pingat di Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober ini.
“Saya mula menyertai sukan itu sejak anak (sulung) saya berusia setahun dan suami (bekas atlit bina badan Angkatan Tentera Malaysia) mendorong saya untuk serius dalam sukan ini."
Lebih manis lagi, kejayaannya itu diraikan bersama suami, Suzaili Abdul Rahim dan anak sulungnya, Mohd Rifky Danial, 9.
Dua lagi rekod kebangsaan dicipta seorang lagi atlit Johor Tey Shan Fung, snatch kategori lebih 75kg wanita dengan angkatan 84kg, 1kg mengatasi rekod lama dan kemudian dalam clean & jerk dengan bebanan 106kg.
“Saya gembira dapat memecah rekod kebangsaan,” kata Tey, berasal dari Telupit, Sabah. “Namun, ia bukan angkatan terbaik saya kerana pernah mengangkat bebanan 115kg semasa latihan.”
Satu rekod kejohanan turut dicipta dalam snatch 94kg lelaki oleh Firdaus Abd Razak dari Kedah dengan sejumlah 124kg dan dia turut meraih emas dalam clean & jerk.
Laporan oleh BERITA HARIAN
Labels:
SUKMA XIII 2010
Thursday, June 17, 2010
GOLF PECAH TRADISI APABILA RAIH 2 EMAS DI SUKMA XIII 2010, MELAKA
Kelly Tan Guat memenangi acara individu wanita apabila melakukan 73 pukulan dan keseluruhan mengumpul 218 pukulan untuk meraih pingat emas.
Vivienne Chin dari Sabah yang melakukan 74 pukulan pada saingan hari terakhir keseluruhan mengumpul 221 pukulan bagi meraih pingat perak dan Iman Ahmad Nordin dari Pahang mendapat gangsa apabila mencatat 226 pukulan.
Dalam acara individu lelaki pula, Chan Tuck Soon dari Wilayah Persekutuan terpaksa berhempas pulas hingga ke permainan penentuan sudden-death sebanyak tiga kali sebelum dapat mengetepikan Chin Jun Nian dari Sabah dan Mohd. Iylia Jamil dari Selangor untuk meraih emas.
Pada permainan sudden-death pertama di lubang 18 Par-5 dengan jarak 604 meter, Mohd. Ilya tersingkir awal. Keadaan itu membolehkan penentuan pingat emas ditentukan antara Tuck Soon dan Jun Nian pada sudden-death kedua namun kedua-duanya terikat apabila masing-masing melakukan catatan par.
Namun pada permainan sudden-death ketiga, kemenangan memihak kepada Tuck Soon untuk meraih emas apabila berjaya melakukan par ketika Jun Nian sekadar membuat bogey di lubang 18.
''Saya gembira dengan kemenangan ini walaupun terpaksa mengharungi aksi yang begitu lama. Tiga permainan sudden-death terpaksa saya lalui tetapi saya puas berjaya meraih pingat emas,'' katanya.
Johor meraih pingat emas kedua dalam acara berpasukan wanita (Ardilla Ali, Kelly Tan Guat dan B.K Asha Lakshme) mengumpul 450 pukulan dikuti oleh Pahang (Iman Ahmad Nordin, Michelle Koh, Sharon Lau May Yen) mendapat perak dengan 455 pukulan dan Selangor (Ainil Johani, Isza Fariza Ismail, Khairunhanisah Azlan Hanif) meraih gangsa dengan 456 pukulan.
Dalam acara berpasukan lelaki pula, emas dimenangi oleh Selangor (Gavin Kyle Green, Mohd. Iylia Jamil, Kenneth De Silva, Mohd. Iszaimi) mengumpul 662 pukulan, Wilayah Persekutuan (Kim Leun Kwang, Chan Tuck Soon, Ng Choo Sian, Tan Wei Chean) mendapat perak dengan 667 pukulan dan Sabah (Chin Jun Nian, Lam Yu Shuen, Albright Chong, Alexander Lau) memenangi gangsa mencatat 672 pukulan.
Berita Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010
Labels:
SUKMA XIII 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)








