Wednesday, March 30, 2011

Kejohanan Menembak Sirkit Pelapis Negeri Sirkit 1/2011, Terengganu

Tarikh : 15 - 17 Mac 2011
Tempat : Lapangsasar Menembak, Gong Kuin 2, Tok Jembal Kuala Terengganu
Penyertaan : 7 orang atlet, 1 Pengurus & 2 JPM


Seramai 7 orang atlet Sukan Menembak Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 1/2011 Peringkat Kebangsaan Bawah 16 Tahun yang diadakan pada 15 - 17 Mac 2011 bertempat di Lapangsasar Menembak, Gong Kuin 2, Tok Jembal Kuala Terengganu dibawah seliaan seorang pengurus pasukan En. Kamardin serta 2 orang JPM iaitu En. Subari dan En. Mohd Nasir.


Atlet Negeri Johor telah memperoleh 1 pingat emas iaitu adik Eddy Chew (10m Air Pistol) dan 1 pingat perak dalam 10m Air Pistol Berpasukan diserta adik Eddy Chew, Alvin Ang Chen Bao dan Andy Er Zhen Wei. Bagi adik Furqan Jaslan pula tidak dapat mengekalkan prestasi beliau apabila menduduki tempat ke-2 di pusingan awal namun hanya menduduki tempat ke-4 pada pusingan 'final'. Di samping itu, Pelapis Negeri Johor mula memberi peluang pendedahan kejohanan kepada 2 orang atlet muda wanita kembar iaitu Yvonne dan Elaine Ong yang kini berusia 13 tahun.

 Eddy Chew - Pingat Emas 

 Atlet baru - Elaine Ong

Izzat Saufi - 10m Air Rifle

Walaupun kurang menyumbangkan pingat namun ucapan tahniah diucapkan kepada atlet Sukan Menembak Negeri Johor kerana berusaha menunjukkan persaingan antara negeri-negeri lain.

** Segala laporan dan gambar sepanjang kejohanan ini dilaporkan oleh En. Subari dan atlet-atlet menembak sendiri. Terima kasih kepada mereka.

Sunday, February 20, 2011

KEJOHANAN SKUASY MSSJ 2011

Kejohanan Skuasy MSSJ 2011
Tempat : Mercure Resort, Senai, Johor
Tarikh : 18 - 20 Februari 2011

Kejohanan Skuasy MSSJ 2011 telah diadakan pada 18hb hingga 20hb Februari 2011 bertempat di Mercure Resort, Senai, Johor dengan jumlah penyertaan sebanyak 130 orang atlet dari seluruh daerah Negeri Johor. Sepanjang kejohanan ini, atlet-atlet di setiap daerah telah menunjukkan pelbagai aksi dan teknik kemahiran yang memuaskan untuk bersaing antara satu sama lain. Namun, atlet daerah Johor Bahru tetap mempertahankan kejuaraan mereka apabila menjadi Juara Keseluruhan bagi kejohanan tersebut. 

Di kejohanan ini, atlet lelaki dari Ledang, Tangkak lebih menguasai kategori lelaki apabila 2 orang atlet telah menjuarai Under 15 dan Under 17 iaitu adik Asyraf Izhar Bin Rosli dan Mohd Azfar Bin Noordin. Perlawanan sengit apabila adik Asyraf Izhar yang masih muda (13 Tahun) telah bersaing dengan adik Ahmad Irfan (15 Tahun) di pusingan akhir dengan kemenangan 3-2 amat mengejutkan. Ini membuktikan umur bukan dijadikan ukuran dalam Sukan Skuasy namun teknik dan kemahiran yang baik perlu ditekankan dalam program latihan bagi peningkatan prestasi atlet-atlet.

Bagi kategori wanita, atlet daerah Johor Bahru lebih menguasainya berbanding atlet-atlet daerah lain. Contoh adik Nur Sara Halisha Binti Halim telah menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik dan meningkat berbanding tahun 2010. Di samping itu, kejohanan ini menjadi lebih menarik apabila adik Thoo Jun Yi dari Perlis telah berpindah ke Johor dan buat pertama kalinya menyertai kejohanan di Johor bersama atlet-atlet lain bertemu dengan adik Ahmad Sufyan Bin Rusli di pusingan akhir kategori lelaki Under 12. Persaingan sengit ditunjukkan kedua-dua atlet ini kerana mereka merupakan Top 8 CIMB Rising Stars pada tahun 2010 yang lalu. Ini telah memberi satu impak persaingan antara adik Ahmad Sufyan dan Thoo Jun Yi. 

Di samping itu, satu pujian diberikan kepada guru-guru terlibat serta ibu bapa atlet yang sering memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini sepanjang kejohanan tersebut dan dalam pembentukan pembangunan Sukan Skuasy Negeri Johor. Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan dan berterusan di Negeri Johor.

Pemenang-pemenang Sukan Skuasy MSSJ 2011


1. Under 12 Boys   - Thoo Jun Yi (JB)
2. Under 15 Boys   - Asyraf Izhar Bin Rosli (Ldg)
3. Under 17 Boys   - Mohd Azfar Bin Noordin (Ldg)
4. Under 12 Girls   - Nur Sara Halisha Binti Halim (JB)
5. Under 15 Girls   - Fakhrani Arinah Binti Asril (JB)
6. Under 17 Girls   - Aqilah Binti Shamsul Azhar (JB)

Friday, February 11, 2011

SUKAN MALAYSIA 2011 & 2012

KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA BATAM, INDONESIA 2011

Pasukan Pelayaran Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Perahu Layar Terbuka Batam, Indonesia pada 25hb hingga 31hb Januari bertempat di Batam, Indonesia. Seramai 5 orang atlet telah menyertai kejohanan ini diselia oleh 1 pegawai, 1 jurulatih dan 1 guru pengiring wanita. Kejohanan ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Persatuan Pelayaran Johor dan ini merupakan permulaan yang baik bagi atlet-atlet muda untuk diberi pendedahan ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Atlet-atlet yang menyertai kejohanan ini merupakan atlet acara optimis. Sepanjang kejohanan dilangsungkan, atlet-atlet telah menunjukkan prestasi yang baik terutama sekali adik Nurshazrin Binti Mohd Latif kerana beliau telah meraih pingat emas dalam acara optimis B individu dan keseluruhan. Selain itu, jurulatih turut membawa atlet baru yang cuba diberikan pendedahan dengan suasana kejohanan sebenar iaitu adik Nurin Arisha Binti Mohd Azman, Walaupun beliau masih baru namun prestasi yang ditunjukkan amat memuaskkan.Tahniah diucapkan kepada semua atlet-atlet yang menyertai kejohanan ini serta pegurus dan jurulatih yang telah memberi sepenuh komitmen terhadap Sukan Pelayaran Negeri Johor. Sekian, terima kasih.

KEPUTUSAN

Sunday, January 30, 2011

8th - KFC- LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2011

8th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2011 telah diadakan pada 25hb hingga 29hb Januari 2011 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah. Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, Malaysia Yatching Association (MYA) dan Persatuan Pelayaran Kedah. Antara kategori yang dipertandingkan adalah sepertimana berikut :

1. Optimis A (lahir pada tahun 1996 menjadi 1998)
2. Optimis B (lahir pada tahun 1999 menjadi 2000)
3. Optimis C (lahir pada tahun 2001 dan selepas)
4. Laser Radial
5. Laser Standard
6. Laser 4.7 (Under 17)
7. Inter 420
8. Inter 4.7
9. Wind Surfing

Pada kejohanan kali ini, hanya 3 orang yang menyertainya dari Pelapis Negeri Johor iaitu adik Mohd Ahda Bin Jamil, Mohd Farhan Bin Kamardin dan Hakim Bin Wagiman Sarmin dipantau oleh En. Nordin selaku pengurus dan Mohd Fadzley Bin Abd. Aziz (JPM). Walaupun dengan hanya 3 orang atlet sahaja, namun Pelapis Negeri Johor telah menunjukkan prestasi yang baik dengan meraih 2 Perak dan 1 Gangsa. Ini menunjukkan bahawa prestasi atlet yang menyertai kejohanan ini bukan bergantung kepada kuantiti semata-mata tetapi kualiti yang diberikan oleh mereka amat baik.

KEPUTUSAN

Sekian, terima kasih

Monday, December 13, 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SEPESIFIK MENEMBAK FASA 2

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Menembak Fasa 2
USPTN Johor & Cawangan TID ISN Kuala Lumpur
Tarikh : 11hb Disember 2010
Tempat : Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang


Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di bawah Program Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi Sukan Menembak Negeri Johor pada 11hb Disember 2010. Program ini bertujuan untuk pencarian bakat-bakat baru sebagai pelapis untuk pembangunan sukan menembak secara berterusan dan sistematik terutama bagi Negeri Johor.

Sehubungan itu, pihak kami telah dibantu oleh Cawangan Mengenalpasti Bakat dari Institut Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur bagi melaksanakan pengendalian bateri-bateri ujian kepada pelajar-pelajar yang terpilih selepas pelaksanaan TID Fasa 1 bulan Oktober yang lalu. Kehadiran atlet amat memuaskan walaupun  diadakan pada musim cuti persekolahan.


 Penerangan dari JPM En. Subari bersama ISN KL

Antara bateri-bateri ujian yang dijalankan


 
Atlet-atlet senior turut hadir bagi membantu menjayakan program ini

Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ISN kerana membantu kami dan memberi kerjasama serta sokongan ibu bapa yang turut hadir dalam menjayakan program tersebut bagi mencapai objektif utama program ini dengan lebih berkesan. 

Sekian, terima kasih.

Sunday, October 24, 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SEPESIFIK MENEMBAK FASA 1

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Menembak Fasa 1
Tempat : 9 buah Sekolah Daerah Batu Pahat
Tarikh : 7 - 22/10/2010
Masa : 9.00am - 3.00pm

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di bawah Program Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Menembak yang melibatkan pelajar yang berumur 12 tahun lepasan UPSR pada 7hb hingga 22hb Oktober di 9 buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor sepertimana berikut :

BIL
SEKOLAH
TARIKH
1
      SK. Montfort, Batu Pahat
7 Oktober 2010
2
      SK. Bandar, Batu Pahat
3
      SK. Banang Jaya, Batu Pahat
8 Oktober 2010
4
      SK. Convent, Batu Pahat
14 Oktober 2010
5
      SK. Bukit Soga, Batu Pahat
6
      SK. Tengku Mariam, Batu Pahat
15 Oktober 2010
7
      SK. Lim Poon 1 & 2, Batu Pahat
21 Oktober 2010
8
      SK. Temenggung Ibrahim, Bt. Pahat
22 Oktober 2010

Sehubungan itu, seramai 82 orang pelajar telah terpilih untuk menghadiri Ujian Kecergasan Fasa 2 yang akan dilaksanakan oleh pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, Institut Sukan Negara sepertimana berikut:

Tarikh             :           11 November 2010
Hari                 :           Khamis
Masa                :           9.00 pagi
Tempat            :           Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor