Sunday, January 31, 2010

KFC - NSC - LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2010

Pasukan Perahu Layar Negeri Johor berjaya meraih 1 Perak dan 3 Gangsa pada Kejohanan KFC - NSC - Langkawi International Regatta Perdana 2010 yang telah diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah pada 26hb hingga 31hb Januari 2010 baru-baru ini.

Pingat Perak diraih oleh adik Naquib Eiman Bin Shahrin dalam kategori Optimist Division C, manakala pingat Gangsa pula melalui adik Nurshazrin Bin Mohd Latif dalam kategori Optimist Division B, adik Hakim Bin Waqiman Samin dalam kategori Laser 4.7 dan adik Ana Mustika Saaya dan Linda menerusi kategori Laser 420.

Adik Naquib Eiman (berbaju kuning) memenangi Perak Optimist Div C

Monday, January 25, 2010

ISN ke Pusat Latihan Sukan Pelayaran Kali Ke-5


Tarikh : 24 Januari 2010
Masa : 7.00 - 12.00
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar. Tanjung Langsat. Pasir Gudang Johor




Untuk makluman, pihak ISN dengan terus menerus membuat pemantauan dan penyediaan Perkhidmatan Sains Sukan berterusan serta pemerhatian di tempat Pusat Latihan Perahu Layar. Antara pegawai yang terlibat adalah En. Nawawi Farhan (Unit Suaian Fizikal), En. Mohd Najib Noh dan Puan Nora bagi persediaan menyertai Kejohanan KFC - MYA - MILO/NSC Langkawi International Regatta Perdana 2010 pada 28 - 31 Januari 2010. Maklumat lanjut sila layari http://isn-johor.blogspot.com/2010/01/sailing-here-we-come-siri-ke-5.html

Saturday, January 23, 2010

Perjumpaan Pengarah Bersama Kakitangan MSN Johor, USPTN Johor, ISN & PSJ


Tarikh : 21 Januari 2010 
Masa : 2.30 Petang

Tempat : Dewan Gemilang MSN Johor




Satu Perjumpaan telah diadakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor atas permintaan Tuan Pengarah Haji Ismail Bin Haji Abdul Rahman bagi permulaan tahun baru 2010 bagi menghadapi cabaran 2010 iaitu SUKMA Melaka. Beberapa amanat telah diberikan kepada semua kakitangan dibawah naungan Majlis Sukan negeri Johor. Berita selanjutnya di 
http://usptnjohor.blogspot.com/2010/01/perjumpaan-pengarah-bersama-kakitangan.html




Thursday, January 14, 2010

Pemantauan ISN di Tanjung Langsat

Tarikh : 10 Januari 2010


Masa 7.25 - 1.00ptg
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar, Tanjung langsat. Pasir Gudang Johor







Pemantauan telah dibuat oleh pihak ISN bagi memastikan atlet johor dapat memahami dan menggunakan Sains Sukan dalam latihan mereka secara berterusan. Berita selanjutnya di http://isn-johor.blogspot.com/2010/01/2010-sailing-her-we-come.html

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


KEPADA WARGA PELAPIS NEGERI JOHOR & 
PENGERAK-PENGERAK SUKAN DI NEGERI JOHOR

SELAMAT TAHUN BARU
2010

SEMOGA APA YANG DIRANCANG AKAN DILAKSANAKAN MENGIKUT JADUAL DITETAPKAN

SEMOGA MENEMPUHI CABARAN 2010 DENGAN PENUH IKTIZAM INGIN BERJAYA

Tuesday, November 24, 2009

Ujian Kecergasan Bersama ISN, Pusat Satelit Larkin, Johor

Tarikh : 24hb November 2009
Tempat : Pusat Latihan Negeri Johor Sukan Pelayaran
Penglibatan : 30 orang atlet bersama SDO dan 5 orang pegawai ISN Larkin
Ketua Penguji : Muhammad Ridzwan Zakaria (pegawai Fisiologi Senam)


Sunday, November 15, 2009

Perlawanan Persahabatan Bersama Ultimate Squasher dari Singapura

Tarikh : 15hb November 2009
Tempat : Royal Johor Country Club, Johor Bahru
Penglibatan : 30 Orang Atlet
(Atlet PLN Sukan Skuasy dan Ultimate Squasher Singapura)
Anjuran : USPTN Johor

Untuk makluman, buat pertama kalinya, satu perlawanan persahabatan dengan Team Ultimate Squasher telah diadakan bertempat di Royal Johor Country Club, Johor Bahru pada 15hb November 2009 bagi Program Sukan Skuasy USPTN Johor. Program ini dijalankan bermula jam 9.00pagi sehingga jam 3.00petang.

Matlamat program ini adalah untuk jurulatih-jurulatih menilai tahap prestasi setiap atlet masing-masing. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana setiap atlet menonjolkan sifat daya saing antara satu sama lain dan menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menempatkan diri sebagai yang terbaik. Manakala, kehadiran dan sokongan ibu bapa lebih memberi semangat kepada para atlet ketika perlawanan dijalankan. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar sokongan ini akan berterusan sepanjang perkembangan Sukan Skuasy di Negeri Johor.