Friday, November 13, 2009

Kejohanan Menembak Piala Tun Hanif dan Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Ke-4

Tarikh : 08 - 11 Oktober 2009
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor

Seramai 11 orang atlet telah menyertai kejohanan ini dibawah pemantauaan Jurulatih Menembak Negeri Johor iaitu Mr. Nikolaev Victor, En. Subari Ariffin dan Pn. Siti Aidah Hassan. Sukan Menembak Negeri Johor tidak pernah menghampakan Negeri Johor kerana seringkali membawa pulang pingat setiap kali menyertai sesuatu kejohanan. Saya ucapkan tahniah kepada jurulatih dan atlet-atlet menembak dengan kejayaan yang dicapai.

Keputusan :


10M Air Rifle Men
25M Sport Pistol Men
 
10M Air Pistol Women
 
50M Rifle Prone
10M Air Pistol Men
25M Standard Pistol Men
25M Pistol Women
50M Pistol Men

Latihan Persediaan Perlawanan Persahabatan Bersama Singapura

Tarikh : 12 November 2009
Tempat : Royal Johor Country Club, Johor Bahru

Satu latihan persediaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan bersama Team Ultimate Squasher dari Singapura telah dijalankan seminggu sebelum tarikh perlawanan bertempat di Royal Johor Country Club, Johor Bahru bermula 9hb hingga 14hb November 2009. Kebanyakan penyertaan atlet merupakan atlet-atlet baru yang perlu didedahkan dengan suasana pertandingan. Perlawanan persahabatan akan dijalankan pada 15hb November 2009 di gelanggang skuasy tersebut. Perancangan bersama telah dibuat 1 bulan awal bersama Sandra yang merupakan jurulatih bagi Team Ultimate Squasher ini. Semoga program ini akan berterusan dijalankan bagi perkembangan Sukan Skuasy Negeri Johor.



Latihan dijalankan dengan bantuan bekas atlet skuasy Negeri Johor iaitu Nor Aziah Omar.


Coach Ridzuan sedang melatih atlet bawah 11 tahun.


Visual latihan Sukan Skuasy

Sunday, November 1, 2009

Kejohanan Perahu Layar Terbuka KFC - 11th Tunku Laxamana 2009

Pasukan Perahu Layar Negeri Johor telah berjaya membawa pulang 2 pingat iaitu 1 Perak dan 1 Gangsa dalam Kejohanan Perahu Layar Terbuka Antarabangsa KFC - 11th Tunku Laxamana 2009 yang telah diadakan di Kompleks Sri Bagan Pinang, Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan yang lalu.

Menurut En. Nordin (pengurus pasukan), kedua-dua pingat ini telah diraih oleh pelayar Johor, iaitu adik Nurshazrin Binti Mohd Latif yang telah memenangi tempat kedua dalam kategori Optimist Terbuka Division B dan Gangsa bagi kategori Optimist Terbuka Perempuan dengan 29 mata dari keseluruhan 6 perlumbaan yang telah dijalankan. En. Nordin turut mengatakan bahawa beliau mensasarkan 1 Emas dan 1 Perak, namun nasib kurang menyebelahi pelayar-pelayar Johor apabila mereka kurang menyerlah di kejohanan ini. Walau bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kejayaan dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pelayar. Semoga atlet-atlet ini akan lebih bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih di kejohanan yang akan datang.

Sekian dan tahniah di ucapkan kepada jurulatih dan atlet-atlet pelayaran.


 

Monday, September 14, 2009

KAJIAN KELOMPOK DI BULAN RAMADHAN - ISN

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan kajianan ke atas semua atlet di setiap negeri sepanjang bulan Ramadhan ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti beberapa faktor yang berkaitan dengan pengaruh puasa terhadap prestasi atlet yang beragama Islam. Selain itu, satu kesimpulan akan dibuat bagi membantu mengenalpasti permasalahan yang wujud dan mampu memberi penyelesaian terbaik demi kecermelangan sukan negara.
Bagi Negeri Johor, kajian telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara Pusat Satelit Larkin dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan USPTN Johor yang melibatkan atlet SUKMA, Pelapis serta atlet-atlet yang terdapat dalam program sukan MSNJ dan MSNM. Proses pengumpulan data telah dilaksanakan bermula pada 7hb September 2009.

Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Silat Olahraga Pelapis Negeri
Atlet Silat Olahraga di Taman Molek di bawah bimbingan Coach Ayub.

Tarikh : 12 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Perahu Layar Pelapis Negeri
 
Sesi Suai Kenal Bersama Atlet dan Ibu Bapa

 
Perbincangan Pengisian Borang Soal Selidik Oleh En. Sarkawi (ISN Larkin)
Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat. Sokongan anda semua adalah diharapkan. 

Friday, August 21, 2009

Kejohanan Olahraga Terbuka POA Johor 2009

Tarikh : 8hb - 9hb Ogos 2009
Venue : Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor
Atlet Pelapis Negeri Johor telah meraih 2 Perak dan 3 Gangsa di kali ini. Satu penghargaan kepada Coach Haji Shazan apabila diminta untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang...


Keputusan :

1.
Ng Sze Cin
Lompat Jauh
4.65M
5
Lompat Kijang
9.90M
3
2.
Candy Tan Sue Chin
100M
15.03s
7
200M
28.4s
3
3.
Pua Ling Ting
5000M J.kaki
32:06.2s
2
4.
Pua Ling En
5000M J.kaki
33:24.1s
3
5.
Ng Yean Chaur
Lompat Tinggi
1.80M
7
Lompat Kijang
6.09M
4
6.
Mohd Imran Hamid
Lempar Cakera
33.87M
2
Merejam Lembing
44.77M
3
7.
Pua Ling Zheng
400M
4


 
Atlet Bersiap Untuk Bertanding
 
Aksi Atlet Jalan Kaki
 
Aksi Atlet Acara Padang

Monday, August 3, 2009

17th Squash SportExcel-Milo-NSC Grand Finals Results

Kejohanan Grand Finals of 17th SportExcel - MILO - NSC National Junior Squash Circuit 2009 telah diadakan di National Squash Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30hb Julai - 2hb Ogos 2009.

Walau bagaimanapun, hanya Sofea Najwa Binti Zakaria yang kini belajar di SMK. Seri Puteri, Cyberjaya merupakan atlet tunggal Johor yang akan menyertainya dengan kedudukan ranking 8 keseluruhan. Beliau tidak menyertai beberapa kejohanan sebelum ini dan tidak menjalani latihan secara sempurna kerana tiada jurulatih yang membimbing beliau sejak berada di sekolah tersebut.

Namun, itu bukanlah menjadi pengukur prestasi beliau apabila Sofea telah mengejutkan semua atlet apabila berjaya meraih ranking ke-3 di Grand Final ini. walaupun tanpa latihan yang cukup. Sofea telah membuktikan yang beliau adalah seorang atlet yang berbakat. Oleh itu, saya berharap agar Sofea akan terus kekal sebagai atlet Johor pertama Squash yang amat berbakat dan boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kehadiran keluarga memberi semangat kepada Sofea
Selepas Semi Final kalah kepada Aika Azman (Winner)
Gambar Keseluruhan Pemenang

Shahril Raih Emas 50M Rifle Prone


MUHAMAD Shahril Sahak sekali lagi membuat kejutan apabila meraih pingat emas dalam acara 50 meter raifal prone di Mini Olimpik Malaysia 2009 di Lapang Sasar Subang, semalam.

Penembak remaja dari Batu Pahat itu mengetepikan cabaran penembak handalan negara - antaranya Azlan Johari dan Mohd Hameleay Abd Mutalib apabila mencatat 586 mata pada peringkat saringan dan mengumpul 689.4 mata pada saingan akhir.

Ini adalah emas kedua bagi penuntut Sekolah Menengah Batu Pahat itu selepas melakar kejutan dalam saingan raifal angin 10m dengan catatan 581 (681.5 mata) pada hari pertama kejohanan, kelmarin.

Bagaimanapun catatan dalam kedua-dua cara ini gagal melayakkan dirinya beraksi ke Sukan Sea Loas 2009 Disember nanti. Mata kelayakan diperlukan untuk acara 50m raifal prone ialah 588 mata sementara 10 meter raifal angin, 590 mata.

"Saya gembira kerana berjaya meraih dua emas dalam dalam Mini Olimpik ini tapi kecewa kerana tidak layak bersaing di Sukan Sea yang menjadi matlamat utama dalam kejohanan ini," kata Shahril yang mendapat bimbingan bekas penembak ATM, Subari Ariffin.

Pingat perak acara 50m raifal prone ini dimenangi Mohd Norahimin Abd Halim dari Pahang yang mengumpul 586 (688.4 mata), sementara gangsa di raih Mohd Hadafi Jaafar dari PDRM, 589 (687.7 mata).

Resources by :

Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my