Monday, May 2, 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

TARIKH : 28 APRIL - 1 MEI 2011
TEMPAT : STADIUM KLUANG, JOHOR


Pada 28 April hingga 1 Mei 2011 telah berlangsung satu Pertandingan Futsal Peringkat Negeri Johor 2011 yang telah diadakan Stadium Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Johor anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. 2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita manakala dalam setiap pasukan yang sertai pertandingan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan iaitu mempunyai peserta bawah 21 tahun bagi kedua-dua kategori tersebut. 

Buat pertama kalinya, Pasukan Futsal Wanita Sukma Negeri Johor telah menyertai pertandingan ini sebagai pendedahan awal kepada mereka dengan suasana pertandingan sebenar. Kebanyakan atlet-atlet SUKMA Negeri Johor ini dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, manakala atlet termuda adalah berumur 16 tahun. Pihak saya amat berbangga kerana mereka telah menjadi JOHAN selepas mengalahkan pasukan SAJ dengan 1-0. Atlet-atlet ini telah menunjukkan prestasi yang baik dan daya saing yang tinggi sepanjang perlawanan bersama pasukan-pasukan lain. Saya berharap agar mereka akan menimba pengalaman dan menjadikan pertandingan ini satu titik permulaan bagi agar lebih berani dan yakin menghadapi SUKMA 2011 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur nanti.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Futsal Wanita SUKMA Negeri Johor 2011 dibawah seliaan Jurulatih En. Sattar dan En. Idham yang banyak membantu dalam pembentukkan pasukan ini. Terima kasih diucapkan.