Monday, April 25, 2011

BULETIN USPTN JOHOR 2011 - JAN - MAC


BULETIN USPTN JOHOR JAN - MAC 2011 :: download

Sunday, April 24, 2011

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SPESIFIK SKUASY

Tarikh : 17 April 2011
Tempat : Dewan Terbuka ASZS, Larkin
Kehadiran : 73 orang pelajar, guru-guru pengiring, KUN, SDO & Pegawai ISN Larkin / KL


Pada 17 April 2011, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dibawah Program Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan satu Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Skuasy bagi pelajar-pelajar yang berumur 6 - 12 tahun untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri Johor bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada jam 8.00 pagi.

Sehubungan itu, sebanyak 11 buah sekolah dan 73 orang pelajar telah dipilih untuk menghadiri program ini dan pelajar-pelajar perlu menjalani beberapa ujian-ujian bateri yang akan dilaksanakan oleh pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, Institut Sukan Negara Malaysia. Antara ujian-ujian bateri tersebut adalah :-

1. Sit & Reach
2. Sit up & Push Up
3. Vertical Jump
4. Standing Broad Jump
5. Spider Agility Test
6. Catch Eye Test
7. Beep Test

Satu pengalaman yang amat bermakna kepada saya kerana buat pertama kalinya program TID bagi sukan skuasy diadakan. Tambahan pula, jenis-jenis ujian yang dijalankan oleh pihak ISN KL adalah sesuatu yang baru bagi saya seperti Spider Agility Test untuk ujian agility dalam sukan skuasy dan Catch Eye Test bagi ujian coordination tangan dan mata. Manakala, pelajar-pelajar juga telah menunjukkan minat yang mendalam dalam sukan skuasy apabila segala ujian-ujian yang dikenakan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar-pelajar tersebut. Saya berharap agar program latihan akan dapat dijalankan sebaik mungkin selepas nama-nama peserta yang lulus dan berjaya dimaklumkan ke pihak USPTN Johor. 







Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KUN USPTN Johor, pihak ISN KL & ISN Pusat Satelit Larkin, guru-guru pengiring dan ibu bapa yang sudi hadir membantu bagi menjayakan program ini. 

Wednesday, April 13, 2011

Monday, April 4, 2011

Karnival Liga Futsal Daerah Johor Bahru 2011


Satu KARNIVAL LIGA FUTSAL DAERAH JOHOR BAHRU akan diadakan pada 9 APRIL 2011 bertempat di KOMPLEKS BELIA & SUKAN NEGERI JOHOR, LARKIN anjuran Majlis Sukan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Daerah Johor Bahru.

YURAN PENYERTAAN 

Kategori LELAKI       -   RM 150.00
Kategori WANITA     -   RM 100.00

BORANG PENYERTAAN (CLICK HERE)

HADIAH KEMENANGAN BAGI LELAKI & WANITA

JOHAN                   -   RM 500.00
NAIB JOHAN           -   RM 300.00
2 HADIAH KETIGA    -   RM 100.00


*** PASUKAN YANG MENJADI JOHAN DAN NAIB JOHAN AKAN LAYAK DAN TERPILIH KE KEJOHANAN LIGA FUTSAL PERINGKAT NEGERI JOHOR PADA 28 APRIL - 1 MEI 2011 DI KLUANG, JOHOR.

Sunday, April 3, 2011

Sesi Pemilihan Atlet Futsal Wanita SUKMA 2011

Tarikh : 2 - 3 April 2011
Tempat : Gelanggang Futsal KBS, Larkin
Kehadiran : 17 orang atlet, Pengarah MSNJ, 2 pegawai MSNJ & 1 jurulatih

Satu sesi pemilihan atlet Futsal Wanita bagi menyertai Sukan Malaysia 2011 (SUKMA) bertempat di Kuala Lumpur pada Jun ini diadakan pada 2 - 3 April 2011 bertempat di Gelanggang Futsal Terbuka KBS, Larkin. Sesi pemilihan ini dibuat oleh Coach Sattar selaku ketua jurulatih yang dipertanggungjawabkan bagi melatih atlet-atlet futsal wanita ini. Sepanjang pemilihan ini, atlet-atlet menunjukkan daya saing dan kehebatan yang luar jangka. Perkara ini diperkatakan oleh Coach Sattar sendiri iaitu jurulatih yang berpengalaman dalam dunia bola sepak dan futsal ini. Tambahan pula, kehadiran tuan Pengarah MSNJ telah memberi sedikit sebanyak semangat kepada atlet-atlet yang hadir. Pelbagai nasihat yang diberikan oleh beliau kepada atlet agar berusaha menjadi seorang atlet yang berjaya dan menempah nama di persada SUKMA kerana buat julung kalinya futsal dipertandingkan dalam SUKMA 2011 ini. Selaku pegawai yang bertanggungjawab atas pasukan futsal wanita ini, saya dan Norshaliza Ahmad (Bonzer) berharap agar atlet-atlet yang terpilih dapat mengekalkan prestasi ini sehingga menghadapi SUKMA 2011.

  Coach Sattar memberi tunjuk ajar kepada atlet-atlet

Pengarah MSNJ memberikan kata-kata semangat kepada para atlet futsal wanita

Sekian, terima kasih.

Pemantauan Latihan Sukan Menembak di Batu Pahat, Johor

Tarikh : 3 April 2011
Tempat : Lapangsasar Menembak, Batu Pahat, Johor
Kehadiran : 35 orang atlet & 2 JPM

Atlet - atlet baru sedang menjalani latihan

Satu pemantauan dibuat oleh SDO di Lapangsasar Menembak Batu Pahat bagi memantau program latihan atlet-atlet Sukan Menembak Negeri Johor selepas ujian kecergasan diadakan pada 26 Mac 2011 yang lalu. Seramai 35 orang atlet yang hadir pada hari ini iaitu 14 orang atlet senior dan 21 orang atlet pemilihan TID 2010 yang lalu. Latihan ini dibawah seliaan 2 orang JPM iaitu En. Subari dan En. Mohd Nasir serta turut dibantu oleh En. Saadon yang akan dilantik sebagai Pengurus Pasukan Menembak SUKMA Johor 2012.

Sesi latihan ini bermula pada 9.00 pagi sehingga 2 petang. Selepas sesi latihan selesai, satu perjumpaan dibuat oleh jurulatih dan SDO bersama semua atlet. Pelbagai perkara dibangkitkan dan diberi peringatan kepada atlet-atlet yang hadir.

Ringkasan Perjumpaan Bersama Atlet :


1. Jurulatih dan SDO memberi penekanan kepada kehadiran atlet-atlet baru agar seringkali hadirkan diri sesi latihan agar cepat mahir dalam sukan ini.

2. Jurulatih En. Subari memaklumkan agar penjagaan senjata api perlu dititikberatkan oleh semua atlet baru sepanjang sesi latihan supaya tiada kerosakan. Manakala, pengambilan senjata api perlu berperingkat 3 orang sahaja dibenarkan masuk sekali dibawah kebenaran jurulatih En. Mohd Nasir.

3. Jurulatih En. Subari menyuruh agar semua atlet menggunakan sistem simulator sepenuhnya terutama atlet-atlet baru dan jangan menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada di lapang sasar.

4. Jurulatih En. Subari memaklumkan satu senaman regangan akan diajar oleh jurulatih En. Mohd Nasir dan En. Saadon mulai minggu hadapan. Senaman regangan ini perlu dilakukan setiap hari dan sebelum memanaskan badan untuk menjalani sesi latihan.

5. Pada minggu hadapan juga, jurulatih memaklumkan satu gotong-royong akan diadakan bagi mengemas dan membersihkan persekitaran tempat latihan di lapang sasar.

6. Atlet senior lepasan sekolah yang menginap di lapangsasar memohon agar pihak pentadbiran menyediakan penapis air di lapang sasar kerana bekalan air minuman tiada jika menginap dan menjalani latihan di lapang sasar.

Maklumbalas : Akan dibincangkan bersama KUN Johor.

Banner Kejohanan Menembak Sirkit Pelapis yang akan diadakan di Johor selepas Terengganu

Perbincangan Bersama JPM
1. Jurulatih memaklumkan kerosakan mesin target 25M.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa ada beberapa program yang telah dirancangkan bagi Sukan Menembak Johor. Perkara ini akan dibincangkan bersama kemudian.

3. CCTV yang dipasang pada hujung tahun 2010 telah berfungsi sepenuhnya bagi tujuan keselamatan lapangsasar.


4. Jurulatih membincangkan bantuan kewangan dan persediaan atlet-atlet ke Kejohanan Piala Presiden Ally T.H. Ong pada bulan Mei 2011 akan datang ini.

5. Jurulatih turut memohon agar pihak pentadbiran dapat membantu kemasukan 2 orang atlet iaitu ke Nik Muhammad A'imullah Supardi dan Ong Zheng Shen ke UTHM.

Maklumbalas : Perkara ini pernah dibincangkan dengan pihak SUKMA Johor dan akan dirujuk semula.

Laporan disediakan oleh :
Norasikin Ebrahim
SDO Sukan Menembak

Friday, April 1, 2011

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Skuasy Fasa 1

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dibawah Program Cawangan Pelapis MSNM dengan kerjasama MSN Johor akan menganjurkan Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Skuasy pada 5 - 14 April 2011 di 11 buah sekolah daerah Johor Bahru, Johor sepertimana berikut :

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Gelanggang Skuasy Dewan Taman Ungku Tun Aminah, Skudai

5 April 2011
1. SK. Skudai Batu 10
2. SK. Sri Skudai
3. SK. Taman Tun Aminah
4. SK. Taman Tun Aminah 2

7 April 2011
1. SK. Taman Skudai Baru
2. SK. Taman Damai Jaya
3. SK. Taman Perling
4. SK. Taman Perling 3


12 April 2011
1. SJK (c) Kuo Kuang
2. SJK (c) Ko Kuang 2
3. SJK (c) Pu Sze


Program TID Sukan Skuasy kali ini melibatkan pelajar-pelajar yang berumur 6 hingga 12 tahun. Pelajar yang terpilih akan menjalani bateri-bateri ujian yang lebih spesifik pada Fasa 2 bersama Cawangan Mengenalpasti Bakat dari Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan berkenaan program ini, bolehlah menghubungi Cik Norasikin di 07-2279932/016-7561693.